Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantik, tetamu pun semua baju pink.. ” – Netizen

Video Majlis Pernikahan Shuib Sepahtu Dan Watie Bertemakan Warna Pink Raih Perhatian Ramai. Wah, Cantik Sungguh Pelaminnya. Tetamu Yang Hadir Pun Mengikut Tema !!

Malam ini akan berlangsungnya majlis pernikahan selebriti, Shuib Sepahtu bersama pilihan hatinya, Watie Hanifiah. Meninjau ke akaun Instagram Astro Gempak, video ketika majlis pernikahan ini yang sedang berlangsung telah dikongsikan.

Video ini merakamkan keadaan dewan majlis beserta pelamin dan juga para tetamu yang hadir. Bertemakan warna pink, para tetamu juga turut hadir dengan memakai pakaian berwarna pink. Wah, nampak meriah sekali dan penuh gilang gemilang.

Antara selebriti yang hadir di majlis tersebut ialah Marsha Milan, Wan Sharmila dan juga Fad Bocey. Majlis tersebut bertambah meriah apabila Nabil Ahmad dan Sharifah Shahira selaku juruacara majlis. Dewan majlis juga dihias begitu indah.

Perkongsian ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik dalam tempoh kurang 1 jam. Tidak sabar untuk melihat pasangan pengantin dengan persalinan busana pengantin. Pastinya sangat cantik.

Jon tonton video di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Antara tetamu yang hadir :

( Klik butang KANAN untuk gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen melihatkan majlis yang meriah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Semoga dipermudah urusan…Tahniah buat mempelai . takde wat live ke.. rugi sis kalau buat sederhana. anak dara katanya.. “

” Tetamu pun semua baju pink.. cantik.. Semuga Allah permudahkan segala urusan.. Ejaan nama Shuib ni “H” ke “Y” . Aku pulak keliru.. “

” Insyaallah. Semoga dipermudahkan segala urusan bro Shuib dan sis Watie. Congrates in advance.. Ada buat live ke… Saya nak tengok.. “

” Allahuakbar.. tiber teringat arw4h sarah.. Al Fatihah buat arwah siti sarah.. smg berbahagia hgga hjg nyawa shuib n watie… “

” Tahniah buat Shuib dan Watie. Selamat pengantin baru. Semoga kekal jodoh dunia dan akhirat.. teringat dekat arw4h siti sarah.. “

” Happy tengok, Moga dipermudahkan urusan aamin.. Wedding of the year.. Semoga dipermudah urusan…Tahniah buat mempelai .. “

” Tahniah tahniah.. cantik sangat.. Teringat dkt arw4h siti sarah Tapi ada juga shuib buat majlis sanding dgn arw4h kan dulu.. “

Akhirnya apa yang dirancang oleh pasangan ini dapat direalisasikan pada malam yang penuh gemilang ini. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Shuib dan Watie. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.

 

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, Shuib Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT