Connect with us

Artis / Selebriti

” Sweetnya, memang nampak betul-betul happy.. ” – Netizen

Ucapan Uwais Al-Qarni Dan Talita Buat Bapa Mereka, Shuib Sepahtu Sempena Majlis Pernikahannya Bersama Watie Hanifiah Raih Perhatian Ramai. Wah, Matang Sungguh Ucapan Dekta. Uwais Pula Malu-Malu !!

Meninjau ke akaun Instagram Astro Gempak, perkongsian video ucapan anak -anak Shuib Sepahtu bersempena majlis pernikahannya yang berlangsung pada malam ini telah meraih perhatian ramai. Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra nampak gembira dengan perkahwinan bapa mereka.

Mereka telah diminta oleh wartawan untuk memberikan ucapan buat bapa dan ibu tiri mereka, Watie Hanifiah yang bernikah pada malam ini. Dekta dengan spontannya memberikan ucapan buat daddy dan mummy dengan begitu baik sekali.

Manakala apabila diminta untuk Uwais pula memberikan ucapan, Uwais kelihatan m4lu-m4lu. Namun begitu mereka menyatakan rasa gembira apabila ditanya oleh wartawan. Sememangnya jelas terpancar kegembiraan pada wajah mereka.

Perkongsian ini telah menerima lebih 6 ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh 1 jam ia dimuatnaik. Ramai yang memuji sikap matang Dekta walaupun masih kecil lagi. Setiap percakapannya juga membuatkan ramai mengingati seperti arw4h ibunya, Siti Sarah

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang gembira melihat anak-anak Shuib ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Bijak nya dia …. betullah , kalau dah jodoh, mmg perjalanan nya menyenangkan …. syukur.. Tgk talita terus rs rinduuuu kt sarah. Al-Fatihah buat sarah. Semoga bahagia di sana.. “

” Kann anak dia pon suka bahagia dan apa hak kita as netizen nak membandingkan itu ini.. semoga berbahagia.. Uwais selalu malu ii padahal dia sulung.. “

” So sweet, biasa anak perempuan cepat matang Β uwais malu2.. Tgok Uwais ni cm tgok arw4h ibu die lak kan.. sama sbijik, cuma uwais ni versi lelaki laa.. “

” Ank pompuan biasa lbh cpt matang..dr ank lelaki.. Mata nieh fokus dkt uwais je.. semoga berbahagia hendaknya semua. Aminn.. “

” Matang sgt talita ni… sk tgk.. talita cara dia ckp mcm arwah ibu dia.. Untungnyaaaa dapat pergi kenduri kawin parents, parents saya time dorg kawin tk ajak saya langsong.. “

” Intonasi dan suara Talita sama macam arw4h.. Tahniah kpd mereka berdua… Semoga shuib dpt membimbing watie menjadi isteri solehah jadi ibu Yg baik penyayang.. “

” Budak2 ni mmg nmpk betul2 happy. Bkn dibuat2.. betul, budak2 baya cmni mmg memerlukan figura seorg ibu.. InsyaAllah bakal mummy diorg pasti bole berikan kasih syg seorg ibu tu.. ”Β 

Selepas ini Uwais, Dekta, Matin dan Ayash akan merasai kasih sayang ibu yang sudah lama dirindui. Semoga bahtera perkahwinan Shuib dan Watie ini berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa bahagia. Lengkap sudah keluarga ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT