Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantik dan manis Intan bertudung, muka tak makan usia.. ” – Netizen

Gambar Pasangan Pengantin Baru, Intan Ladyana Dan Harris Alif Dalam Persalinan Nikah. Sama Cantik Dan Sama Padan, Nampak Macam Sebaya. Bagaikan Pinang Dibel4h Dua. Tahniah !!

Bulan lalu, Pasangan sensasi, Intan Ladyana dan Harris Alif mengadakan sidang khas mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Februari. Mendapat tajaan bernilai RM13.5 juta, pastinya majlis mereka ini dinanti-nantikan peminat.

Meninjau akaun Instagram Sony music Malaysia, telah dikongsikan beberapa keping gambar Intan dan Harris dalam busana akad nikah mereka. Baru sahaja sebentar tadi, Intan dan Harris sudahpun sah bergelar suami isteri. Intan yang mengenakan busana berwarna putih rekaan pereka terkenal negara, Hatta Dolmat.

Manakala Harris pula memakai persalinan baju melayu suit dari Epul senitravision. Walaupun jurang usia mereka agak jauh, namun kedua-duanya nampak seakan sebaya. Busana Intan nampak simple sahaja manik-manik yang berat dibajunya.

Mengenakan hijab berwarna putih dan memegang sejambak bunga berwarna merah jambu, seri pengantin Intan terserlah sekali. Harris juga tidak kurang tampannya dan nampak gembira di hari bahagianya ini. Bagai pinang dibel4h dua, cantik sekali pasangan ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Hatta Dolmat juga ada berkongsikan di Instagramnya video selepas Intan siap dalam busana akad nikahnya ini, cantik sangat.

Selain itu, Intan dan Haris memilih Fillea Studio sebagai official photographer dan videographer mereka dan hasilnya sangatlah cantik. Gambar kedua mempelai ini mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada peminat. Sama cantik sama padan dan antara komen yang dapat dikongsikan :

” Alhamdulillah, tahniah cantiknya Intan. Baju nikah tu cantik betul. Kena dengan tuannya, berseri-seri sangat.. “

” Cantik sangat baju dengan orangnya. Alhamdulillah, muka tak makan usia betul. Naik serinya Intan, manis and so beautiful.. “

” Cantik manisnya Intan Ladyana bertudung, selamat pengantin baru. Semoga ikatan ini berkekalan sehingga je syurga.. “

” Cantiknya, oh my god i love you yeayy. Tahniah both of you. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. “

” Cantik nye intan awak pakai tudung, suka tengok. Syukur alhamdulillah, akh1rnya bersatu juga. semoga dipermudahkan dan tahniahh.. “

” Tahniah intan dan harris.. Alahai so cantik la u Intan. semoga bahagia hingga ke jannah, Aamiin ya rabbal alaamiin.. “

” Selamat pengantin Baru, semoga menjadi isteri di dunia dan di akhirat. Soo pretty like angle girlz cute. Selamat berbahagia selalu Intan dan Harris.. “

Alhamdulillah, akh1rnya bersatu juga pasangan merpati dua sejoli ini. Simple namun nampak elegant sekali Intan dan Harris ini. Sekali lagi, kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru untuk Intan dan Harris. Semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke jannah dan harmoni selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sonymusic_malaysia, IG Intan Ladyana, IG Bellahud, IG Fillea Studio, IG Hatta Dolmat

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT