Artis / Selebriti
” Cakra Khan pun nak healing, haha. Bestnya, sedap versi Cakra ni.. ” – Netizen
Video Nyanyian Lagu Malampagi Cakra Khan Di Konsert Cakra Khan A Decade Buat Ramai Terhibur. Wah Jadi Lain Lagu Ni Bila Cakra Nyanyi, Siap Joget Lagi. Sedap Pula Dengar Versi Cakra Ni !!
Sebagaimana yang telah dirancangkan, konsert Cakra Khan A Decade In Kuala Lumpur telah pun berjalan dengan jayanya semalam. Persembahan yang mantap daripada Cakra sendiri dan artis-artis jemputan membuatkan ramai yang berpuas hati berhabis untuk ke konsert Cakra ini.
Meninjau akaun Tiktok Astro Awani, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Cakra menyanyikan lagu healing viral di kalangan warganet iaitu Malampagi dendangan asal Saixse. Dek kerana konsert ini adalah konsert orkestra, bunyi muzik iringannya berbeza dengan muzik asal lagu tersebut.
Orkestra pimpinan Datuk Ramli MS ini juga menambahkan lagi kesedapan mendengar di halwa telinga. Harmoni sahaja susunan muziknya dan ketika Cakra mula menyanyikan lagu ini, ramai yang mula bersorak. Wah Cakra pun hendak healing juga yer, menyanyi lagu artis Malaysia pun tetap sedap bunyinya.

Enjoy sungguh Cakra menyanyi lagu ini dan penonton juga turut sama terhibur melihatnya. Siapa sangka Cakra akan mempersembahkan lagu ini di konsertnya itu. Nampaknya Cakra juga maklum dengan lagu viral yang menjadi siulan ramai anak muda ini.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@501awani Macam kenal je lagu yang Cakra Khan nyanyi ni 👀👀 #AWANInews #SembangEntertaiment
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet. Antara komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cakra Khan pun nak healing haha.. bestnya sedap versi Cakra ni.. Puas semalam tengok, next CakraXJudika pulak.. ”
Baik versi asal mahu pun versi Cakra, dua-dua pun sedap didengar. Dengan suara husky Cakra itu, sesuai juga lagu sebegini dengan vokal Cakra. Selain lagu ini, banyak juga lagu hits Cakra dinyanyikan semalam bersama artis-artis jemputan lain antaranya Dayang Nurfaizah.

Apa-apa pun, selesai sudah konsert Cakra Khan A Decade In Kuala Lumpur dan hasilnya penonton sangat berpuas hati dengan semua persembahan yang disajikan. Semoga Cakra Khan terus maju jaya dalam karier dan teruskan berkarya demi peminat yang menyayangi Cakra Khan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Astro Awani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen



