Artis / Selebriti
” Terasa menusuk ke hati. Cakra nyanyi, aku sedih gila.. ” – Komen Netizen

Video Cakra Khan Menyanyikan Lagu Ernie Zakri, Masing-Masing Buat Ramai Teruja. Fuh Memang Lain Vibes Cakra Ni, Penuh Penghayatan. Boleh Meremang Dengar Suara Cakra Menyanyi Lagu Ni !!
Lagu dendangan asal Ernie Zakri berjudul Masing-Masing kini sering menjadi siulan ramai. Karya komposer Indonesia berbakat besar, Ade Govinda ini mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Ramai juga rakan selebriti lain yang membuat cover lagu ini antaranya Bella Astillah dan Adira Suhaimi.
Menerusi akaun Tiktok Ernie Zakri MY, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan penyanyi lelaki popular Indonesia, Cakra Khan merakamkan cover lagu ini. Diiringin petikan keyboard oleh Irfan Chasmala, alunan suara Cakra ini mencuri perhatian ramai.
Umum mengetahui yang Cakra memiliki tune suara yang sedap dan serak-serak basah, Ini membuatkan lagu ini lagi sedap didengar. Tidak hanya versi perempuan, versi lelaki juga boleh membuatkan ramai yang galau mendengarnya. Cakra mendendangkan lagu ini dengan penuh penghayatan dan ekpresi wajahnya menggambarkan kesedihan yang terkandung dalam lirik lagu tersebut.
Ramai warganet yang menyukai versi Cakra ini. Tidak kurang juga yang berharap agar suatu hari nanti, Cakra boleh berduet bersama Ernie menyampaikan lagu viral ini. Berilah apa sahaja lagu, pastinya Cakra akan menyanyikannya dengan cukup baik, seperti lagunya sendiri.
Jom tonton video di bawah ( video penuh di hujung artikel ) :
@ernienator.my Love nya Masing Masing cover version dari Cakra Khan ni 😍 full video di youtube channel @adenurulianto ❤ #erniezakri #adegovinda #cakrakhan #masingmasing #4u #fyp #fypシ゚viral
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hentakan kaki penuh makna hehe.. Love always cakra khan.. Terbaik cakra khan, mcm bawa lagu sndri.. ”
” Terasa dekat hati, meremang dengar cakra punya suara tu. Cakra Khan love betul tone dia.. memang dari dulu suka je dengar cakra khan menyanyi.. ”
” Bestnya ni bukan galau ni terpukau.. sedapnya versi Cakra Khan.. Nice boleh buat duet plak dengan Ernie.. ”
” Best juga versi Cakra Khan.. love teruk.. harap Ernie dapat duet dengan Cakra Khan soon.. ”
” Sampai ke dalam hati dia nyanyi.. my favourite singer.. sedap suara serak-serak tu.. melting goosebump semua ada.. ”
” Versi Ernie best, versi cakra khan pun best jugak.. suara tu unik betul.. Love Cakra Khan.. request versi Aepul Roza juga.. ”
” Terasa menusuk wei ke hati. Cakra nyanyi aku sedih gila. semoga Ernie dan Cakra Khan ada lagu duet bersama.. ”
Suara husky Cakra itu memang sesuai membawakan lagu ini. Baik versi Ernie mahu pun versi Cakra, kedua-duanya mempunyai auranya tersendiri dan mampu menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Semoga Cakra Khan akan berpeluang untuk berduet bersama Ernie membawakan lagu ini nanti.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ernie Zakri MY, Youtube Channel Ade Nurulianto
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar