Artis / Selebriti
” Panggil kakak, rupa rupanya sayang. Indahnya jodoh dari Allah.. ” – Netizen
Paparan Mesej Harris Alif Kepada Intan Ladyana Pada Tahun 2013 Raih Perhatian Ramai. Wah Tak Sangka Dulu-Dulu Kakak Adik, Rupa-Rupanya Berjodohan. Alahai Sweet Sangat Mesej Alif Ni !!
Pasangan suami dan isteri yang juga merupakan selebriti, Harris Alif dan Intan Ladyana merupakan pasangan yang sering menjadi perhatian di media sosial. Walaupun perbezaan usia yang jauh antara Harris dan Intan, pasangan ini tetap bahagia.
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian beberapa mesej daripada Harris kepada Intan ketika di awal perkenalan mereka telah meraih perhatian ramai. Dalam mesej tersebut Harris memanggil Intan dengan panggilan kakak kerana Intan lebih tua daripadanya.
Mesej yang sudah bertahun lamanya merupakan titik perkenalan pasangan ini. Harris telah meminta nombor telefon Intan dan Intan membalasnya dan memberikan nombornya. Siapa sangka dari asalnya hanya mengganggap sebagai kakak dan adik, kini bergelar suami dan isteri.

Perkongsian ini telah menerima ribuan jumlah tontonan daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Evie Khadeeja dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Jom tonton video di bawah :
@zalsmax
Di ruangan komen, ada juga netizen berkongsi pengalaman mendapat jodoh yang lebih muda. Antara komen-komen yang diberikan :
” Sweet giler. Harris ni nampak matured sgt tau. Intan pulak awet muda, so age gap tu x ketara.. wow… kalau mcm ni maybe jodoh manja masih belum lahir lagi.. “
” Jodoh itu rahsia Allah, tiada yang mustahil dan tiada yang TAK MUNGKIN. Sabar kuncinya.. Dorg nmpak bahagia sgt. Sederhana je xde kontroversi. Moga bahagia smpai ke jannah.. “
” Macam laki aku…umur dia baru 17 .. aku 25..sibuk panggil aku kakak2..hujung2 jadi suami.. mungkin jodoh kita baru lepss abis Jawab spm.. “
” Amy mastura, intan ladyana, wan Sharmila, nora danish, fazura, scha Al yahya antara pelakon yg maintain awet muda.. 501 weeks – tahun 2013.. “
” One of the cutest couple that I love. Harris ni walaupun muda, tapi matang sgt.. jangan panggil sy kakak..sy ni bakal jodoh awak.. “
” Takot la nak panggil orang akak2 lepas ni.. panggil kakak..rupa rupanya syg erkk indahnya jodoh dari Allah.. aku harap jodoh aku pun kakak2 jg.. “
” Aku rasa jodoh aku tengah blajar darab bahagi skrng ni.. jodoh aku bru lahir semlm kot ni. takpe aku sbr menunggu .. “
Sememangnya jodoh itu rahsia Allah, Walaupun jarak usia mereka yang agak jauh namun pasangan ini tetap mengecapi bahagia. Semoga jodoh Harris Alif dan Intan Ladyana berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa berbahagia. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Zalsmax
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” Know that we are always here watching you both from afar sayang.. ” – Siti Hafiza
-
Artis / Selebriti6 days ago” I tahu Daddy bukannya cinta pun I. Daddy memang kahwin dengan I sebab.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya mahu fokus bina rumahtangga dahulu.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Di depan orang yang kita sayang, memang kita jadi superhero. Di depan orang yang kita tak sayang.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti4 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik tu dah mengantuk sampai dah keluar air liur. Terpaksa, haha.. ” – Watie Hanifiah



