Artis / Selebriti
” Boleh pergi jauh ni Uwais. Suara tangkap leleh, ada vibe Aizat Amdan.. ” – Komen Netizen
Shuib Sepahtu kongsi video anak sulungnya, Uwais Alqarni menyanyi lagu Alamak secara akustik raih pujian ramai. Wah serius makin sedap suara Uwais. Macam vibe Aizat Amdan dulu-dulu. Mantap lah Uwais..
Anak sulung Shuib Sepahtu iaitu Uwais Alqarni semakin meningkat remaja. Jika Thalita lebih awal menunjukkan minat untuk berjinak dalam dunia seni, kini giliran Uwais pula menunjukkan bakat terpendamnya. Uwais bukan sahaja hebat bermain alat muzik tetapi juga ada suara yang merdu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video terbaru Uwais yang memaparkan Uwais mendendangkan lagu Alamak. Lagu ini merupakan nyanyian asal oleh Rizky Febian dan Adrian Khalif menggunakan metafora ‘ 9 nyawa ‘.
Uwais turut memetik gitar sambil menyanyi lagu tersebut. Suara Uwais sememangnya sesuai dengan lagu galau seperti ini. Uwais pandai mengawal suaranya dan petikan gitarnya juga lancar dan smooth. Warganet memuji kehebatan anak sulung Shuib ini.

Memetik komen warganet, Uwais mewarisi bakat nyanyian arwah Siti Sarah. Walaupun Siti Sarah sudah pergi meninggalkan semua, namun Siti Sarah meninggalkan warisnya untuk peminat mengubati kerinduan. Pastinya Siti Sarah bangga dengan pencapaian anak-anaknya ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tone suara Uwais sesuai untuk lagu lagu galau. regu dgn aizat amdan ngam ni.. Semua instruments dia boleh main ni. Suara pulak tangkap leleh.. “
” Ya Allah anak arwah semua berbakat hebat .. rezeki dari Allah.. arwah pun bangga tngok semua anak dia berbakat besar.. “
” Allah ambil ibu diorang seorang penyanyi yg hebat , Allah gantikan anak anaknya sebagai penyambung dan pengubat rindu kita kepada arwah subahanallah.. semoga menjadi seperti ibu awak yang hebat yaa aminn.. “
” Masha Allah sedapnya suara Uwais ni.. special anugerah dari Allah.. i love the fact that his tone is different with thalita, imagine they both gonna have their own song but different genre aaa cant wait.. “
” Masya Allah suara Uwais, tolong gilap sampai kilat ib.. boleh pergi jauh ni.. main pulak acoustic love songs.. “
” Aihh dia menurun bakat ibu dia.. hebat semua suara sedap sedap. cover panjang sikit tak puas dengar.. Uwais ada vibe Aizat dulu dulu.. “
” Style kalau ikutkan macam Aizat Amdan.. ni baru betul, tak nekan nekan. Ni kalau bagi ajai tune sikit auto boleh jadi penyanyi.. boleh pergi jauh ni uwais.. vibe Aizat Amdan.. “
Semakin hari semakin sedap didengar suara anak teruna Shuib ini. Uwais ada bakat dan auranya tersendiri dan tidak mustahil Uwais boleh menjadi penyanyi hebat sekiranya bakatnya ini terus digilap. Semoga Uwais berjaya dalam hidup dan menjadi kebanggaan keluarga kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara tu bapak argh sedap. Memang sapu semua lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang.. ” – Jai Faizal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, banyaknya soalan normal ke czer ni. Kenapa ? ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salute abang Norman, dia perbaiki kesilapan dia. Best ayah dan anak rapat macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby nak bukak pun susah mummy. Baby bukak sampai tenaga baby hilang mummy.. ” – Jebat Jayden

