Artis / Selebriti
” Bila awak tengok Uqasha uruskan anak, apa perasaan awak sebagai suami ? ” – Ajak Shiro

Video Kamal Adli Mengatakan Janjinya Kepada Uqasha Senrose Yang Kini Sudah Bergelar Seorang Ibu. Dengar Ayat Kamal Macam Kelakar, Tetapi Kata-Kata Yang Begitu Menyentuh Hati. Mesti Berbunga-Bunga Uqasha Dengar Ni !!
Meninjau di akaun Instagram milik stesen Radio Suria, telah dikongsikan video yang memaparkan pelakon Kamal Adli datang ke konti sebagai artis jemputan pada minggu ini. Difahamkan kehadiran Kamal adalah mempromosikan drama terbarunya yang bertajuk ‘Nafsu’ arahan Sein Qudsi.
Menerusi satu video yang dimuatnaik, Ajak ada bertanya kepada Kamal mengenai perasaanya selepas bergelar seorang bapa dan melihat cara Uqasha menguruskan anak mereka. Kata Kamal, melihat kesungguhan Uqasha menjaga anak, dia tidak mahu menduakan Uqasha serta cukup hanya Uqasha seorang sahaja isterinya.
Malah, seloroh Ajak bertanya apakah janji Kamal kepada Uqasha dan kata-kata istimewa sekiranya Uqasha mendengar ucapan Kamal. Ucapan Kamal tersebut pada awalnya kedengaran agak kelakar kerana Kamal membuat nada suara seperti seorang lelaki macho sedang bercakap.
Namun jika mendengar sehingga habis ayat-ayat Kamal, pastinya kata-kata yang diungkapkan oleh Kamal itu sangat ikhlas dan tulus buat sang isteri. Sehingga kini, video ucapan Kamal kepada Uqasha telah menerima ratusan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain terhibur, ramai yang menyukai ucapan Kamal buat isteri tersayang. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Hahaha kalau Uqasha tak dengar pun, video ni mesti viral juga, hahahahaa.. Cfm dia tahu.. Semoga keduanya kekal bahagia hingga ke Jannah.. “
” Sweet betul kata-kata Kamal untuk Uqasha.. Moga2 rumah tangga korang akan terus kekal selamanya hingga ke syurga.. Tahniah dah jadi mak ayah.. “
” Hahahaha dengar dia cakap tak nak kahwin dah tu kelakar, hahahahaha.. Tapi last sekali memang sweet sangat lah Kamal, berbunga2 Uqasha kalau dengar ni.. “
Alahai sweet sungguh ucapan Kamal untuk Uqasha. Untuk sekadar info, baru-baru ini, selepas selamat menimang cahaya mata pertama, Kamal dan Uqasha telah mengadakan Majlis Aqiqah serta Kesyukuran buat buah hati mereka iaitu Haura Uqaira yang kini sudah pun berusia dua bulan selepas dilahirkan pada 27 April lalu.
Uqasha dan Kamal turut mengundang Ustaz Wadi Anuar bagi menyempurnakan ibadah tahnik buat Uqaira. Apa-apa pun, tahniah buat Kamal serta Uqasha, semoga Uqaira terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG suriamalaysia, kamaladli, uqashasenrose2
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wahai pakcikku Dekwan , aku tak dapat janjikan bintang dan langit tapi aku janji.. ” – Zarina Zainuddin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya mungkin pekak YB tapi tak mungkin saya silap dengar. Terkantoi macam tu je YB, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Obvious sangat ni Abang Long. Kak Long blushing tak boleh cover dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” YB dalam komen pun dia membebel tapi tu tanda sayang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bila dia berleter tu terus bahasa lain, laju dan puas hati sikit, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sekarang baru saya betul betul faham apa erti ‘Akan ada pelangi setelah hujan’.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ya Allah, teruk juga ulsernya. Mungkin tu sebab Allah ambil Akiko untuk rehatkan dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lala, jangan lawan hukum. Kita perempuan, tak kan bagitau merajuk atas salah apa, haha.. ” – Komen Netizen