Artis / Selebriti
” Betapa ikhlasnya dia fikirkan kawan-kawan lebih dari diri sendiri, respect weh.. ” – Komen Netizen

Video Pak Azad Kena Prank Dengan Pengurus Radio Era, Nabil Ahmad Dan Radin. Fuh Berdebar Tengok, Sikit Lagi Pak Azad Nak Meletop, Punya Lah Nak Pertahankan Nabil Dan Radin. Tak Pernah Lagi Tengok Pak Azad Macam Ni !!
Meninjau entry di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara team 3 Pagi Era, Pak Azad, Nabil Ahmad dan Radin bersama bos mereka, Dhan. Perbualan tersebut kedengaran agak serius dan ianya mengenai pengurangan pekerja yang bakal dilaksanakan.
Kata Dhan, hasil perbincangan bersama pihak pengurusan, mereka bersetuju untuk mengurangkan kos dan mengurangkan pekerja. Dhan turut mengatakan sekiranya mereka bertiga ada menerima job luar, jangan lepaskan kerana status mereka di Era belum dapat dipastikan.
Pak Azad mengatakan dia redha dan akan melihat kepada plan B sekiranya dia yang akan dikeluarkan. Dhan juga bertanyakan kepada Pak Azad, adakah Pak Azad sanggup mengundur diri untuk memberikan peluang kerja kepada Nabil dan Radin dan jawapan Pak Azad, dia sanggup.
Jarang untuk melihat Pak Azad menjadi serius sebegini. Pak Azad turut mengenakan syarat sekiranya dia dengan rela hati berundur, dia mahu Nabil dan Radin kekal di Era. Agak tegang suasana di konti kerana nada suara Pak Azad kedengaran begitu tegas.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Respect Pak Azad. Kelako2 pun, ada benda yg mmg dia serius. Banyak kali dah dorg prank pak azad. Tapi kan… dia tetap terkena lagi. Dia memang tak belajar dr pengalaman lalu eh.. “
” Pertama kali aku nak komen, sebagai kakak laa ye.. Aku respek AZAD dgn semangat juang dia yg tinggi, bukan senang nak dpt kwn yg camtu. Tak kesah la isunya PRANK KE PRONG KE, yg penting sis nmpk kesetiaan pada AZAD.. “
” Pak Azad ni orangnya jujur Sebab itu dia Boleh Berjaya.. Bagus pak azad ni, selalu kena tp dia redha je, ssh nak dpt kwn mcm ni, nabil dgn radin kena jaga pak azad elok2.. “
” Sikit lagi nk baran tu.. tapi bagus lah pak azad salute.. Orang yg nampak cakap kasar ni la selalunya hati dia baik n brotherhood tip top. Pak azad slayyyyyyy.. Brotherhood.. “
” Aku respect la pak azad demi kawan dia sanggup berkorban.. xkisah prank ke apa.. dari situ kita tahu hati budi kawan.. bravo pak azad.. “
” Hahahaha mmg pak azad kalau dengan family pun gitu la. Lurve you beb .. Baik hati pak azad ni tak penting diri.. “
” Bila tengok betapa ikhlasnya dia pikirkan kawan-kawan lebih dari sendiri, aku respek gila weh.. Pak Azad kawan yg terbaik sebab tu ramai suka dia.. “
Betapa sayangnya Pak Azad terhadap 2 sahabatnya itu sehinggakan sanggup mengambil risiko menawarkan diri sendiri untuk dikeluarkan. Walaupun ini hanya lah prank, di sini sudah cukup membuktikan diri Pak Azad yang sebenar dan semangat setia kawannya yang tinggi.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral6 days ago
” Ya Allah, arwah macam dah dapat rasa dia nak pergi buat selamanya.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Jika bas bergerak kelajuan biasa pun dia takut, apatah lagi jika bas itu bergerak laju.. ” – Kakak Nurly
-
Viral2 days ago
” Demi hendak menyelamatkan sahabatnya, dia rela korbankan diri dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Tengok keadaan pakaian, macam mana lah sakit yang arwah tanggung. Sumpah tak terbayang.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Gambar terakhir arwah bagi saya.. ” – Teman Nur Dalila Farhana
-
Viral4 days ago
” Patut arwah hebat, tak pandang harta dunia. Syurga untukmu Nurly, nama seindah amalanmu.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” AllahuAkbar dengan kawan lelaki pun soft spoken, bagusnya arwah. Nangis baca surat tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Takdir tak mengizinkan kita jumpa depan-depan, tapi saya tahu awak dengar apa yang saya cerita.. ” – Gadis S