Artis / Selebriti
” Bestnya macam ni, beranak 10 pun boleh. Menu pantang tu marvelous betul.. ” – Komen Netizen

Kongsi video menyediakan menu berpantang, layanan Sheila Rusly untuk menantunya, Elisya Sandha raih pujian ramai. Wah menu berpantang kalah menu hotel 5 bintang, mak mentua terbaik..
Sebut sahaja menu berpantang, ramai yang membayangkan menu tradisional yang kurang menyelerakan. Namun jika mempelbagaikan menu dan tahu nutrisi setiap bahan yang digunakan, menu berpantang boleh menjadi menu yang lazat dan sedap untuk dimakan, apatah lagi tukang masaknya hebat.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Sheila Rusly, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Sheila menyiapkan makanan untuk menantunya yang baru melahirkan cahayamata kedua baru-baru ini, Elisya Sandha. Kata Sheila, Elisya meminta untuk berpantang di rumah Sheila.
Sheila sememangnya seorang yang hebat di dapur dan menu yang disediakan juga menarik. Satu demi satu cara memasak ditunjukkan oleh Sheila menerusi videonya itu. Bukan biasa-biasa menu berpantang Elisya, semuanya penuh dengan nutrisi dan elok untuk ibu berpantang.
Melihat menu Elisya itu membuatkan warganet teringin merasai masakan Sheila. Memetik komen warganet, jika sebegini sedap menunya, berpantang setiap tahun pun boleh. Ini baru sedikit menu yang Sheila tunjukkan, ada banyak hari lagi menu yang bakal membuat semua terliur melihatnya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Rezeki dapat mak mertua baik camni.. pandai masak, baik hati.. gigih.. Sama ngan anak menantu tu.. lawa, pandai, gigih.. “
” Bestnyaaaa time pantang la kita akan ingat sape jaga dan masak untuk kita.. Dpt mak mentua yg baik pun satu nikmat hidup.. “
” Alhamdulillah mak mentua baik.. tengok pun tau sedap dah.. suka lauk pantang sheila. nampak menyelerakan sangat.. “
” Alhamdulillah menu pantang tu marvelous betul. macam ni beranak tiap tiap tahun pun rela. pantang super ordionary lauknya.. “
” Bestnyee sis macam ni beranak 10 pun boleh erkk.. ibu mertua dari syurga ni.. ini lah contoh ibu mertua terbaik airtangan sis sepanjang hayat dirasai menantu2 perempuan yang bertuah masyaallah alhamdullilah.. “
” Mak mertua yang baikkkkk, penyayang .. sure menantuu suke bepantang dgn mertua.. Pada siapa yg ckp menu pantang tak sedap. Tue rugiii hehe.. kena lak sheila yang masak, fuh menitik air liur.. “
” Aduhai kalau camni la saya pun nk berpantang la sis Sheila.. mertua yang baik dan sangat prihatin.. 30 hari 30menu pantang la cmni siss.. “
Andai sebegini sedap dan lazat lauk berpantang, tentu tempoh pantang paling membahagiakan untuk Elisya. Untung Elisya ada ibu mentua yang rajin, pandai memasak dan penyayang seperti Sheila. Boleh lah Sheila buat 30 hari 30 resepi pantang, tentu ramai ingin meniru menu Sheila.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sheila Rusly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sangat limited nak jumpa yang perangai macam arwah Nurly ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terkantoi pulak dah, ni bukti kukuh ni. Manja betul dengar Bella panggil YB macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen