Artis / Selebriti
” Ada juga plot twistnya. Tiara memang yang budak bijak, haha.. ” – Komen Netizen
Video Achey Bocey meminta izin dengan isterinya, Anne untuk pergi memancing buat ramai terhibur. Tiara jadi batu api lagi, cubaan kali kedua pun gagal lagi. Part last memang plot twist, Tiara juga yang untung, haha..
Sebelum ini pelawak Achey ada berkongsi video dirinya meminta izin dengan isterinya, Anne untuk pergi ride. Namun permintaan Achey itu tidak mendapat keizinan daripada Anne dan perkongsian video itu juga mengundang tawa warganet.
Terbaru, sekali lagi Achey ada memuatnaik video meminta izin kepada Anne untuk pergi memancing. Ketika Achey berborak dengna Anne, tiba-tiba anak mereka, Tiara datang dan mencelah percakapan Achey dan menyokong kata-kata ibunya agar ayahnya tidak boleh pergi memancing.
Kata Achey, jika dia pergi memancing, dia akan mendapat ikan dan ikan tersebut boleh dimasak menjadi lauk. Dengan spontan, Tiara mengatakan ikan yang dibawa pulang sebelum ini tidak pernah dimasak. Mendengar apa yang dikatakan oleh Tiara itu, Achey terus berdekah ketawa.

Plot twist di akhir video memaparkan Achey sedang menemani Tiara bermain permainan memancing ikan mainan. Perkongsian video ini telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Reaksi muka Achey ketika menemani Tiara mencuit hati ramai.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton perkongsian video Achey ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ada juga plot twistnya. Tiara memang yang budak bijak, haha.. Balik2 Tiara yang untung kan, ayah yang kena teman Tiara mancing.. “
” Terima kasih achey buktikan yg masih wujud kaum suami yg sgt priority kan anak n isteri. Tkasih sbb jd suami yg penyayang dan yg penting yg DGR CAKAP BINI.. “
” Ok lah tu, last2 mancing ikan mainan, hahahha.. Dapat juga lesen tu.. Betul lah kata Tiara, bawa balik ikan pun bukan masak, baik mancing ikan mainan, haha.. “
” Achey buat mcmni, satu dunia fhm dia bergurau je n bkn betul2 pun reaksi muka dia n hati nya mcmtu. Tak dikecam sbb dunia tahu mcmana dia lyn ank n bini dia sbnrnya. Terima kaseh achey lyn kaum wanita sebaik nya.. “
” Kesian Acheykintangkintung Hari tu nk g ride tak dapat. Ini nak g mancing pun tak di baginya . Siap ada batu api lagi tu . Sabor lah ye.. “
” Terseksa betholll prasaan nampaknye tu.. Panjang kalah dengan tiara aje bang… Parah ni bang… Tiara yg dpt byk benefit ni bang Harap jgn dimasak ikan si tiara tu pulak, hahaha.. “
” Mancing jg 2… Mengeratkan silaturahim dgn anak.. Yang bezanya ikan tu je, haha.. Aaaa.. Mintakkk lagi. Yg dapatnya Tiara.. “
Sementara itu, ada juga yang memuji sikap Achey yang lebih mengutamakan keluarganya dan menyifatkan Achey sebagai seorang suami penyayang. Apa-apa pun, perkongsian video ini hanyalah sekadar hiburan Achey untuk para peminatnya. Semoga semuanya akan terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG acheykintangkintung
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

