Artis / Selebriti
” Besarnya rumah Amira macam istana, jauh berjalan nak mencari Irfan.. ” – Komen Netizen
Video keadaan rumah Amira Othman ketika Amira sedang live dengan Fattah Amin raih perhatian ramai. Wah, besar betul rumah Amira. Bukan biasa- biasa, nampak luas dan mewah sangat..
Meninjau ke akaun Tiktok Cik Dotty, perkongsian sebuah video sesi live Amira Othman dan Fattah Amin telah meraih perhatian ramai. Menerusi video tersebut, ramai yang tertarik dengan rumah Amira yang kelihatan cukup besar dan luas.
Ini dapat dilihat ketika Amira pergi mencari adiknya iaitu Irfan Haris untuk memainkan gitar kerana Amira ingin menyanyi dalam sesi live tersebut. Agak jauh perjalanan Amira menuju ke bilik adiknya dan nampak mewah rumah keluarga Amira ini.
Walaupun Amira berasal daripada keluarga yang berada, namun sikap Amira yang sangat merendah diri membuatkan ramai menyukainya. Bukan sahaja Amira, adiknya juga cukup humble seperti kakaknya juga. Kedua adik beradik ini mempunyai personaliti yang baik.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 38 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sesi live Amira bersama Fattah Amin ini membuatkan ramai peminat begitu leka melihat perbualan mereka. Nampak sangat sweet kan.
Jom tonton video di bawah :
@cik.dotty #amiraothman #fattahamin #aofa #tiktokmalaysia🇲🇾 #fypviral #masukberanda #videoviral #trending #artismalaysia #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokmalaysia
Di ruangan komen, ramai yang kagum melihat rumah keluarga Amira yang sangat besar. Antara komen-komen yang diberikan :
” Besar betul rumah Amira Othman ye… dasyat kalau tgk Amira ni org nya simple jer yer…. Kalau x jadi kawin ni.. Aku mkn kuih mamkur 3 balang tanpa minum air.. “
” Bapak besar umah mira.. Untung FA jumpa wanita2 hebat&background fmly yg dia kenal pn hebat2 … family mcm ni br ngam ngan fattah.. “
” Mlm td tgok live kak long Aku senyum sampai dorg end live.ni bangun utk sahur pn Aku senyum sorg². Berkawan macam bercinta ni bahagia lain macam ek.. “
” Best mlm ni.mulut aku x bole tutup rapat ini semua gara 2 senyum.. bertuah punya adik..nak keluar sbab blushing.. “
” Sampai sahur laa duk ulang2 ni korang.. besar ye rumah amirah othman.. dia mcm vc berdua pastu views ni mcm ubat nyamuk teman dorg deting.. “
” Wow…terpegun tgk umah family mira & irfan.. besarnya rumah Amira mcm istana… jauh berjalan nak mencari Irfan.. “
” Beso btl rumah die nie kalo kunci kete ilang nie aku suh die beli kete baru je la kalo gini.. Rumah mira mcm massion kn.. mcm rumah tokti.. “
Pelbagai perkara menarik yang berlaku ketika mereka membuat sesi live semalam. Kebanyakannya membuatkan peminat berasa terhibur melihat gelagat mereka. Nampak macam serasi pula Amira dengan Fattah ni kan. Pastinya ramai menantikan berita gembira daripada mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cik Dotty
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan

