Artis / Selebriti
” Comel tengok muka Shila teruja dapat masuk kedai Eco, haha.. ” – Komen Netizen
Ubai kongsi video Shila Amzah yang begitu teruja kali pertama masuk Eco Shop buat ramai terhibur. Excited betul Shila membeli. Bak kata Ubai, dalam list tulis lain, datang beli lain, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik Ubai, telah dikongsikan video yang memaparkan Ubai membawa isterinya, Shila Amzah ke Eco Shop. Menerusi video itu, kedengaran Ubai berkata, Shila seorang ‘budak’ yang tidak pernah pergi ke Eco Shop.
Sempat Ubai mengajuk cakap Shila sebelum ini yang kerap bertanya mengenai kedai Eco kerana Shila sering menonton video di akaun TikTok ramai yang pergi membeli barangan di Eco. Selepas itu, kata Ubai, Shila terus mengajaknya pergi ke kedai tersebut.
Ubai juga merakamkan gelagat Shila yang leka membelek setiap barangan yang dijual di kedai berkenaan. Ubau turut berseloroh mengatakan list barang yang mahu dibeli pada awalnya tulis lain, tetapi apabila datang ke kedai membeli barang lain pula. Selepas itu, kelihatan banyak barang yang dibeli oleh pasangan ini.

Perkongsian Ubai ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur melihat gelagat Shila pertama kali datang ke Eco dan turut berkongsi situasi yang serupa apabila ke kedai berkenaan. Selain itu, ada juga memuji sikap humble Shila yang datang membeli barangan di kedai Eco.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Comel tengok muka Shila kemain teruja dapat masuk Eco, haha.. Cuba g ninso pula..Bahagian mainan die bahagia wei.. Kite yang dewasa ni pun bahagia.. “
” Cousin aku beli brg Eco pastu dia jual kt skolah dia (dia skolah agama swasta) kwn2 dia mak ayah tak penah bawak g eco weh. Tak pasal2 jadi bisnes women muda.. Mahal lak tu dia jual, rmai plak yg beli.. “
” Masuk eco ni kalau tak amik bakul ok lg. Tapi kalau dah start bawak bakul, bersiap sedia lah.. Sempoi je tengok Shila dan Ubai, hehe.. “
” Betul la tu org kaya mmg tak masuk eco, hahaha.. Abg ipar aq pon kenal eco sebab kawen dgn kakak aq je.. Pastu tak berhenti pergi dah sekarang, hahaha.. “
” Masuk eco nk belo kitchen wipes ja. Sampai kaunter kena beli beg yg besar sikit takit tak muat barang lain dengan pasu2 besar sekali angkut.. “
“Suke tgk sha skrg.. Dia mcm dpt child hood treatment happiness frm Ubai.. Se looks happy frm before.. Moga bhgia selalu guys.. “
” Seriuslah tak pernah pergi.. Memang rugi gile, inilah tempat yg paling saka… Sbb ada yg masuk tapi tak keluar2… Kena seru nama baru boleh kelua, haha.. “
Shila kelihatan sangat teruja apabila dapat membeli belah di kedai Eco. Pada akhir video, Ubai juga berkongsi jumlah pembelian mereka di kedai tersebut. Apa-apa pun, ramai yang suka melihat kehidupan Shila sekarang, bahagia bersama Ubai dan anak-anak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ubaidillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” 3 hari saya tak makan, saya nangis je. Rayyan datang, dia.. ” – Rita Rudaini
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden

