Artis / Selebriti
” Telinga aku rosak ke ni, first time dengar Dato’ nyanyi sedap live sedap sangat.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri berduet bersama Datin Shahida menyanyi lagu Jomblo Happy mengejutkan ramai. Wow sedap sebenarnya suara Dato’ Aliff ni. Sebelum ni saja-saja buat suara tak sedap ke Dato’, hehe..
Sebut sahaja nama Dato’ Aliff Syukri, sudah pasti ramai yang mengenalinya. Dato’ Aliff merupakan salah seorang usahawan kosmetik berjaya dan bergelar jutawan. Coletehnya ketika bercakap juga sering mencuit hati ramai, taknkurang juga apabila mendengar Dato’ Aliff menyanyi.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik wemust22, telah dikongsikan video yang memaparkan Dato’ Aliff bersama isterinya, Datin Shahida sedang berduet menyanyikan lagu bertajuk Jomblo Happy. Difahamkan video ini dirakamkan ketika pasangan ini membuat jualan barangan keluaran mereka di Kota Kinabalu, Sabah.
Kelihatan Dato’ Aliff menyanyikan lagu tersebut dengan penuh bersemangat di sisi Datin Shahida. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan tidak menyangka suara Dato’ Aliff sedap dan juga tidak sumbang.

Seloroh warganet, mereka sudah tertipu dengan Dato’ Aliff kerana sebelum ini suara Dato’ Aliff menyanyi didengari agak sumbang. Komen warganet lagi, mereka lebih suka jika Dato’ Aliff menyanyi bersama Datin Shahida kerana dilihat begitu serasi.
Jom tonton video di bawah ini :
@wemust22 : Latepost posting 🤭 #220325 #datoaliffsyukri #kotakinabalu #broneomegarayafest25
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Telinga aku rosak ke ni, first time dengar Dato’ nyanyi sedap live sedap sangat.. Rupanya Dato’ hanya pura2 sumbang selama ni.. “
” Okey jer suara Datuk ni sbenar.. Sedap je dengar.. Tpi dia nak buat lawak utk kita jerr rasanya sebelum ni.. Adeh aku plk ulang dengar, sedap sangat.. “
” Sedap doh suara dia… Rupanya selama ni suara sumbang tu marketing jee, hahahaa.. Selama ni aku kena tipu ke dengan Dato’ Aliff, adoiii.. “
” Elok ja suara dato,ka datin dh warning siap2 jgn buat suara kepit, hahaha.. Sedap betul suara pasangan ni kalau berduet, suka sangat.. “
” Lebih 10 kali tgok dato’ nyayi, sebab sedap sangat.. Betul2 suara jantan lah, daknya kepit2, hahaha.. Selama ni kita kena scam, suara dato’ merdu juga sebenarnya.. “
” Hehe Dato prank kita ke. Ok la gk suara dia dgn syarat duet ngan Datin hehe.. Tak pernah rasa lagu ni sedap. Eh sekali suami isteri ni nyanyi sedaplah pulak.. “
” Dato’ pasni kami tak halang Dato’ nyanyi dah. Asalkan duet dengan Datin je. Nyanyi la puas2 Dato’ .. Sedap suara Dato’ Alif Syukri.. Mcm tak caya.. Nice sanga, mcm mimpi ooo.. “
Sedap rupa-rupanya suara Dato’ Aliff, lagi-lagi bergabung suara dengan Datin Shahida, terus nampak macam penyanyi nombor ‘syatu’. Sementara itu, di ruangan komen ada juga memuji suara Datin Shahida yang didengar sangat merdu ketika menyanyi.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok wemust22
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti4 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

