” Bergenang air mata kita tengok video ni. Bahagia milik Nora akhirnya.. ” – Netizen

Kongsi Video Tayang Gambar Kenangan Bersama Anak-Anak Sempena Hari Ibu, Kapsyen Nora Danish Buat Peminat Tersentuh. Alahai Seb4knya !! 

Nora Danish antara aktress popular di kalangan peminat dunia hiburan. Memiliki wajah cantik dan menawan, raut wajahnya tidak langsung menggambarkan dirinya sudah mempunyai anak. Malahan Nora semakin hari nampak semakin muda dan seperti anak remaja.

Ibu cantik ini memiliki 3 anak lelaki comel yang mewarnai hidupnya. Putera Rayqal, Mohamed Nedrin dan Mohamed Neqayl permata hati Nora yang amat disayangi. Nora yang sering berkongsikan gelagatnya bersama anak-anak sering buat peminat terhibur.

Sempena sambutan hari ibu hari ini, Nora mengimbau kembali kenangan lamanya. Bermula dari bersatunya sebagai suami isteri bersama Nedim, dari kehidupan bersama 2 orang anak sehingga lahirnya Ney Ney, memori itu memberi seribu kemanisan buat ibu cantik ini. Indahnya kehidupan dengan gelak tawa anak-anak yang saling menyayangi.

Menerusi akaun Instagram, Nora Danish telah berkongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak-anaknya Rayqal, Dre dan Ney Ney sempena hari ibu. Memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana mengurniakannya anak-anak yang membahagiakan ini, video Nora ini buat netizen tersentuh.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian Nora ini mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :

” I pula rasa nak nangis.. This is sooo sweeet.. “

” Happy Mother’s Day.. U r a great mother for the 3 kids.. “

” What a beautiful family, i’m touched.. “

” Selamat hari ibu kak nora, may allah bless you okayy! Jadi lah mummy yang rare untuk anak you.. “

” Masyaallah.. Good momories saved.. “

” The brotherhood of them is pure love.. Couldnt hold my tears.. “

” Bergenang airmata kita tengok video ni.. “

” Happy mother’s day to you! Proud of you! Love them equally til the end!! Love u!.. “

” Lastly kebahagiaan itu milik anda nora.. “

Memori terindah yang Nora rakamkan sepanjang anak-anaknya membesar di depan mata memang buat ramai tersentuh. Hanya hati seorang wanita yang tahu perasaan yang bercampur baur itu. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari ibu buat Nora dengan harapan semoga Nora berbahagia hingga ke akhir hayat. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nora Danish 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..