Connect with us

Artis / Selebriti

” Bagus Dato’ A. Aida, bantu isteri yang teraniaya. Alhamdulillah.. ” – Netizen

Video Dato’ A. Aida Bersama Bella Astillah Memberikan Kuih Raya Kepada Tetamu Raih Perhatian Ramai. Wah Bagusnya Dato’ A. Aida Support Bella, Salute Lah !!

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Norainibasre, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pelakon kecil molek, Bella Astillah bersama penerbit popular, Dato’ A. Aida dalam sebuah majlis. Pada tangan Bella dan Dato’ A.Aida dapat dilihat mereka memegang beberapa buah kotak cenderahati yang berisi biskut raya.

Seorang demi seorang tetamu yang hadir dihulurkan cenderahati tersebut. Rupanya biskut yang terisi dalam kotak tersebut adalah biskut hasil air tangan Bella sendiri. Bagi yang mengikuti Bella pastinya tahu Bella mengambil tempahan biskut raya sebagai pendapatan sampingannya.

Klik gambar untuk info..

Antara biskut yang dibuat oleh Bella adalah semperit dan tat nenas. Tindakan Dato’ A. Aida yang banyak menyokong Bella ini mendapat pujian daripada ramai orang. Baru sahaja 2 minggu yang lalu Dato’ A.Aida memberikan Bella beberapa jobs sebagai pelakon dalam dalam projek drama barunya.

Setahun Dato’ A. Aida locked Bella untuk menyiapkan semua drama-dramanya itu. Dato’ A. Aida memang selalu membantu artis-artis yang kesusahan dan sifat pemurahnya itu menjadi perbualan ramai. Kali ini, Dato’ A. Aida memborong biskut Bella pula, baik sungguh hatinya.

Jom tonton video perkongsian di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )

@_norainibasre_

#bellaastillah #alifaziz #ruhainies #aaidaproduction #norainibasre #binafshasweet #norainibasreshop #ramadhan2024

♬ Keindahan Aidilfitri – Various Artist

Perkongsian ini telah pun merekodkan lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Bagus dato, bantu isteri yang teraniaya. Alhamdulillah semoga murah selalu Bella. Salute lah dengan Dato’ A.Aida ni.. ”

” Semoga Bella murah rezeki.. Salute to you Dato Aida.. U r the best.. selalu menyokong wanita-wanita yang memang perlukan sokongan macam ni.. ”

Klik gambar untuk info..

Seronok melihat bagaimana cara Dato’ A. Aida membantu artis-artis di bawah jagaannya. Ada bos yang baik dan bertimbangrasa seperti ini antara rezeki juga. Salah satu cara juga sebagai marketing supaya ramai yang tahu keenakan biskut yang Bella hasilkan. Tak mustahil selepas ini, semakin ramai yang ingin menempah biskut Bella.

Apa-apa pun, pujian wajar diberikan kepada Dato’ A. Aida atas inisiatifnya itu untuk membantu Bella dalam mencari duit bagi melengkapkan keperluan keluarga. Moga segala kebaikan Dato’ A. Aida ini akan mendapat pahala dan dikurniakan lebih banyak rezeki.

Silakan SHARE..

Sumber :  Tiktok Noraini Basre

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT