Artis / Selebriti
” Kesiannya Hannah, aku tengok ni pun aku hampir nangis.. ” – Netizen

Video Hannah Delisha Berkongsi Detik-Detik Sedih Mengenai Kegugurannya Buat Ramai Sebak. Sedihnya Tengok Hannah Menangis. Belum Rezeki Hannah, Terus Kuat Hannah !!
Semua pasangan yang berkahwin menginginkan untuk memiliki zuriat sendiri. Begitu juga untuk pelakon cantik, Hannah Delisha dan pasangannya Imam Shah. Direzekikan untuk hamil tetapi dugaan untuk pasangan ini apabila anak di dalam kandungan Hannah sudah tiada.
Menerusi akaun Tiktok Majalah Wanita, telah dikongsikan satu video temubual bersama Hannah yang menceritakan detik-detik sedih dalam hidupnya itu. Kata Hannah, di awal kehamilan semua berjalan dengan lancar. Kali pertama scan, doktor mengesahkan Hannah hamil cuma pada waktu itu belum ada dengupan jantung lagi.
Sambung Hannah lagi, doktor mula menyedari ada sesuatu yang pelik pada janinnya itu apabila size ukurannya tidak seiring dengan usia kandungan. Ujian ini dilakukan setelah beberapa bulan selepas Hannah disahkan hamil. Setelah pemeriksaan lanjut oleh beberapa orang doktor, akhirnya doktor mengesahkan yang baby dalam kandungan Hannah sudah tiada. Tiada lagi degupan jantung dan ianya dijangkakan sudah sebulan ‘tiada’.
Hannah merasa sangat sedih dan down pada waktu itu memikirkan anak yang dikandungkan sudah tidak bernyawa. Sambil bercerita, bergenang mata Hannah menahan air matanya itu. Siapa yang tidak merasa sedih kerana itu adalah kandungan pertama Hannah.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@majalahwanita Hannah kongsi baby gugur waktu 8 minggu dalam kandungan. Hanya tahu lepas sebulan. Takziah Hannah, moga ada rezeki lagi lebih ni. Insya-Allah #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #hannahdelisha
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Yang pernah lalui je faham perasaan dia. saya pernah melalui pengalaman ni. Jujur memang sakit untuk diterima.. ”
” It’s ok hannah.. insya Allah akan bagi rezeki yang lebih lagi.. jangan berputus asa ok.. ujian ini akan buat you lebih kuat dan tabah lagi.. ”
” Soal anak, jangan cakap la. Aku cukup sensitif soal anak ni. stay strong hanna.. kami semua akn doakn semoga 1 masa nti hanna dkurniakn zuriat soleh n solehah.. Aminn.. ”
” Aku pernah gugur. Mmg rasa down . Hari-hari aku nangis.. aku tgok ni pun, aku hampir nangis. i feel you hannah.. kuat ye ada rezeki nanti.. ”
” Sama mcm saya, first baby. Cuma saya kena masa kandungan 5 bulan. Semoga kuat. Insyallahhhh, Allah ganti dgn yg lebih baik. Skg saya tunggu 2nd baby keluar.. ”
” Kesiannya Hana. semoga digantikan dikurniakan baby yg sihat dan comel lepasni.. Sya faham perasaan 2… nasib kita sme, Sya dah TTC.. ”
” Nangis tengok Hannah nangis, faham perasaan tu macam mana. Bila kita dah sayang dekat baby, tiba-tiba dia sebenarnya dah tak ada.. bukan rezeki.. ”

Klik gambar untuk info..
Berat untuk diterima tetapi Allah pasti sudah mengaturkan yang terbaik untuk Hannah dan suami. Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu sendiri. Semoga suatu hari nanti, Hannah akan berpeluang hamil lagi dan merasai fasa mengandung dan bersalin, Insha Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Majalahwanita
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar