Artis / Selebriti
” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
Video perbualan antara YB Syed Saddiq dan Bella Astillah mengenai misi menawan puncak Gunung Kinabalu yang tak kesampaian. Wah tak menawan puncak tapi Bella berjaya menawan hati YB Saddiq. Jawapan YB Saddiq tu memang tak sangka sangat, pecah rahsia besar YB..
Misi Primavalet bersama duta mereka, YB Syed Saddiq dan Bella Astillah untuk menawan puncak Gunung Kinabalu buat kali kedua tidak kesampaian apabila cuaca tidak mengizinkan untuk meneruskan pendakian mereka. Hujan lebat yang turun menyebabkan misi kali ini terpaksa berhenti di situ sahaja.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Primavalet, telah dikongsikan satu video terbaru YB Saddiq dan Bella. Bella mengatakan sesuatu kepada YB Saddiq dalam nada pertanyaan berbunyi ‘ kita tidak sampai ke puncak tetapi kita sampai ke hati boleh ? ‘ .
Jawapan yang diberikan oleh YB Saddiq membuatkan Bella sendiri ketawa. Sekian lama pencinta BASS menanti untuk mendengar jawapan ini akhirnya YB Saddiq tersasul kali ini. YB Saddiq semakin terbuka mengenai hubungannya bersama Bella dan tiada rahsia lagi.

Ramai di kalangan warganet yang berulang kali menonton video ini. Masing-masing mengatakan blushing bersama mendengar jawapan YB Saddiq. Ini membuatkan peminat BASS semakin tidak sabar untuk menanti detik YB Saddiq dan Bella disatukan sebagai suami isteri.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Lamaaaa…. blushing kamiiii Ybee oiiii, rasa akg jugak nak pergi Primavelet beli baju yg Bella pakai.. pengakuan paling mahal ni yb.. finally.. “
” Hmmm. kita yang blushing ni kenapa ehh.. Dah lamaaaa YB minat Bella ni… betul lah dah lama crush pada bella.. YB dah announced akhirnya.. “
” Salute syedsaddiq.. dah berani.. smoga sampai jinjang pelamin Dan bahagia bersama hingga ke Jannah.. aamiin.. “
” Comel nya.. ok boleh umum awal-awal ya orang-orang bumi nk pindah ke bulan pulak.. Geram je tgk dua semut ni manisssss angaatttt.. suka dengar bella gelak tu.. “
” Haha macam anniversary pula yang tahun lalu punya sweetness haha.. gelak bella tu mahal, suka dengar.. haih berapa kali nak ulang ni.. BASS buat saya melting.. “
” Alamak dah open secret eh sekarang.. Dah lama eh, sejak bila tu.. spill la lagi lepas ni.. hehe kita pulak yang senyum.. so sweet sangat YB. onz cepat cepat YB. Saya akan balik Muar kalau YB buat kenduri.. “
” Wah wah dah lama sampai ke hati rupanya. Betul lah dah bertahun tahun YB crush pada si Bella ni.. auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB.. “
Akhirnya terkeluar juga ayat ini daripada mulut YB Saddiq sendiri. Sudah lama Bella sampai ke hati YB Saddiq, apa mungkin sejak bertahun-tahun dulu lagi. Apa-apa pun, semoga hubungan ini sentiasa dalam rahmat Allah dan dipermudahkan segala urusan untuk menuju ke fasa baru kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Primavalet
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti3 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

