Artis / Selebriti
” Atok cover malu tu nak potong kek, hehe. Sanah helwah abah arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
Video Makder Sekeluarga Meraikan Hari Ulangtahun Kelahiran Raissuddin Hamzah. Alahai Sweetnya Makder Dengan Raissuddin Bersuap-Suap. Shuib Pun Ada Bagi Hadiah Special !!
Walaupun Siti Sarah Raissuddin sudah tiada, namun perkembangan keluarganya sentiasa menjadi perhatian ramai. Jika tidak mengenai anak-anak Sarah, berita tentang ayah Sarah, Raissuddin juga antara yang dinanti-nantikan oleh wargamaya. Makder antara yang selalu berkongsikan video dan gambar Raissuddin.
Meninjau entry terbaru Makder di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Makder bersama ahli keluarga yang lain mengadakan satu kejutan sempena hari lahir Raissuddin. Mereka sekeluarga berkumpul di sebuah restoran untuk meraikan Raissuddin.
Makder sememangnya seorang isteri yang penyayang dan tahu cara menghargai suaminya ini. Ianya satu kegembiraan untuk Raissuddin apabila dapat bersama semua anak-anak dan cucu-cucunya. Comel sahaja reaksi wajah Raissuddin ketika Makder membawakan sebiji kek kepadanya.

Sedang semua sibuk menyanyikan lagu selamat hari jadi, Atok Raissuddin pula kalut mengajak cucu-cucu supaya bertenang. Shuib juga kelihatan dalam video ini dan dapat didengar suara Watie menyanyikan lagu hari lahir. Cucu kesayangan atok Raissuddin, Uwais seperti biasa sentiasa berkepit dengan atoknya itu.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Makder ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Selamat hari jadi utk suami makder.. Semoga Panjang Umur Dan Rezeki Sentiasa Dipermudahkan Selalu.. ”
” Selamat Hari Jadi Pak Raisudin Hamzah…. semoga mendapat umur yg berkat dan bermanfaat, kesihatan yg baik, rezeki yg luas serta kehidupan yg diberkati dan diredhai Allah dunia akhirat… Aamiin YRA.. ”
” SANAH HELWAH ABAH ARWAH SITI SARAH semoga panjang umur dimurahkan rezeki diberi kesihatan yang baik selalu.. ”
” Atok sure panggil cucu’s joint together hehe.. Malu agaknya nak potong kek alone hehe.. Atok cover malu tu tapi sebenarnya atok dahulukan cucu.. ”
” Terdengar mcm suara arwah siti sarah la masa makder ckp happy birthday.. happy birthday uncle Raissuddin.. ”
” Kalau dh namanya atuk… org sibuk nyanyikan lagu utk dia…atuk sibuk amankan ciucu2 duduk dekat-dekat.. ”
” Sanah helwah Atuk Raisuddin Hamzah.. semoga sihat serta dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt.. berkepit je uwais dengan atok tu.. ”
Alhamdulillah seronok Raissuddin apabila diraikan oleh insan-insan tersayang. Semoga ukhuwah dan kasih sayang yang terjalin dalam keluarga Raissuddin ini berkekalan sampai bila-bila. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir Raissuddin dan semoga berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cinta yang sederhana tu bila saling ingat.. ” – Nur Fazura

