Connect with us

Artis / Selebriti

” Anak syurga yang tak pernah kedek0t dengan senyuman.. ” – Netizen

Datin Anne Ngasri Kongsi Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Adik Istimewanya, Nassuhada Ngasri Bersama Video Thr0wback Raih Perhatian Peminat. Alahai Comelnya Hadiah Baby Pada Anak-Anak Saudaranya Tu. Surat ‘Cinta’ Tu Yang Mahal !!

Umum mengetahui Datin Anne Ngasri mempunyai seorang adik istimewa bernama Nassuhada Ngasri. Hubungan akrab antara adik beradik ini seringkali ditunjukkan dan diabadikan dalam bentuk gambar dan video.

Meninjau akaun Instagram Datin Anne Ngasri, telah dimuatnaik satu video thr0wback ketika majlis sambutan hari lahir anak-anaknya sebelum ini. Kelihatan di dalam video ini, gelagat Nassuhada atau lebih dipanggil dengan gelaran Baby ketika sesi pemberian hadiah.

Untuk makluman, tanggal 25 Oktober genaplah usia Baby yang ke 27 tahun. Datin Anne juga turut mencoretkan ucapan selamat ulangtahun untuk Baby di kapsyennya ini. Rasa syukur juga diluahkan oleh Datin Anne ke hadrat Ilahi kerana memberikannya seorang adik syurga.

Datin Anne turut memohon doa daripada semua agar adik kesayangannya ini terus diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi sentiasa. Ramai yang menyenangi gaya dan sikap Baby, tak lekang senyuman di wajah Baby dan baik dengan semua orang.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Datin Anne ini telah mendapat lebih 7000 ribu likes sejak ia dimuatnaik. Ucapan selamat hari lahir juga memenuhi ruangan komen dan antara komen-komen peminat :

” Comelnya Baby, senyum happy memanjang dia. Happy birthday Baby, may Allah bless you. Semoga baby dilindungi Allah selalu.. “

” Happy birthday Baby. haha special tu hadiah pemadam siap ada surat cinta lagi. Panjang pulak tu suratnya. Cantik tulisan Baby.. “

” Wlpun baby dh umur 27 tetap nmpk 15. baru betullbaby. Aaminnn semoga dpnjngkan usia.. Sehat tubuh badan n senantiasa dlm rahmat n redho Allah s.w.t.. “

” Tahniah Anne, awak sangat ikhlas sayangkan Baby. Selamat hari lahir baby, anak syurga yang tak pernah kedek0t dengan senyuman. Comel je bagi hadiah tu.. “

” Mesti tulisan sanskrit kan. adik saya kalau menulis mengalahkan tulisan trengkas. By the way.. happy birthday baby. Semoga dilimp4hkan rezeki dan kesihatan yang baik.. “

” Bertuah dapat kakak macam Anne ni. Happy birthday baby, suka sangat tengok baby mana2 pergi pun tak lekang dengan senyuman.. “

” Baby kelas unik. Surat tu nampak je bbb tapi ada maksud di sebaliknya yang kita tak fahamkan. Comel je baby tulis surat, cantik dan kemas pulak tu tulisannya. Ada lukisan lagi.. “

Walaupun tidak sempurna seperti insan lain, tetapi Baby ada keistimewaannya yang tersendiri. Penyayang pada semua ahli keluarga, itu sifat yang paling nyata ada pada Baby. Apa pun, selamat ulangtahun yang ke 27 untuk Baby. Semoga sentiasa dalam rahmat Ilahi dan sihat selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Anne Ngasri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT