Artis / Selebriti
” Sempurna kami 6 beradik. Hubungan istimewa adalah hubungan adik beradik.. ” – Datin Anne Ngasri
Datin Anne Ngasri kongsi video ketika sambutan hari lahir kakak dan abangnya, Nasliza Ngasri dan Naszeli Ngasri raih perhatian ramai. Jarang tengok Nasliza ni, comel orangnya. Seronok semua dapat berkumpul 6 beradik, meriah sungguh..
Meninjau ke akaun Instagram Datin Anne Ngasri, posting terbaru Anne yang memaparkan sambutan hari lahir kakak dan abangnya serta aktiviti karaoke mereka sekeluarga telah meraih perhatian ramai. Mereka meraikan hari lahir Liz Ngasri dan Naszeli Ngasri.
Sambutan kali ini cukup sempurna bagi Anne kerana dapat berkumpul kesemua enam orang adik-beradiknya termasuklah Bell Ngasri dan Darling Ngasri. Boleh dikatakan kesemua adik-beradik Anne terlibat dengan dunia seni sejak dari kecil lagi.
Kini masing-masing sudah meningkat usia malah ada yang sudah mempunyai cucu, namun penampilan mereka tetap seperti dahulu. Kesemuanya tidak dimamah usia. Mereka masih menyambut ulangtahun kelahiran bersama-sama dan berkumpul bersama.

Perkongsian video ini telah menerima lebih satu ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Mereka turut mengabadikan kenangan bergambar bersama dengan kesemua enam adik-beradik bersama ibu mereka iaitu Habibah Jaafar.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai menyatakan keluarga ini sememangnya awet muda dan tidak dimamah usia. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Adik beradik yg masih muda …. walaupun dah berumur. Abg, Anne dan Belle. suka tengok keluarga ni.. alhamdulilah semua masih sihat.. “
” Acik suka tgk keluarga bell dan anne .. x nmpk bpk.. Happy birthday.. syukur alhamdullilah, Allahuakhbar.. semua penghibur dahulu.. “
” Last jumpa kakak dan Abg Datin Anne masa mereka kerja di salah sebuah bank di TTDI.. syukur .. suka dengan famili ni.. “
Sekadar info, ibu mereka juga dahulunya merupakan seorang pelakon dan merupakan adik kepada pelakon, Rashidah Jaafar. Manakala bapa mereka iaitu Ngasri Sain dan abang mereka, Nasrizal Ngasri dahulunya aktif dalam bidang penyiaran.

Namun kini hanya Bell Ngasri sahaja yang masih aktif dalam dunia lakonan sehingga kini. Darling pula berkerja di belakang tabir. Ahli keluarga mereka yang lain pula sudah berjaya dalam bidang masing-masing. Semoga keluarga ini sentiasa bahagia dan dirahmati Allah SWT selalu. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anne Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

