Artis / Selebriti
” Anak dara dah Keisha. Dulu takat pinggang je, cepatnya masa.. ” – Netizen
Nabila Huda Muatnaik Gambar Terbaru Anaknya, Keisha Laila Yang Memperagakan Barangan Miliknya. Wahhh Cantik Keisha, Dah Anak Dara. Sekejap Je Dah Besar, Sebiji Muka Mommy !!
Sebut sahaja nama Nabila Huda, pastinya ramai mengenalinya yang merupakan anak kepada penyanyi rock terkenal Malaysia, Amy Search. Nabila mempunyai seorang anak perempuan melalui perkahwinannya yang pertama bernama Keisha Laila.
Keisha dilahirkan pada tahun 2009 dan kini sudah berusia 11 tahun. Walaupun Nabila sudah berkahwin buat kali kedua dengan Mohd Izwan Johar, hubungan Keisha dengan bapa tirinya juga begitu rapat sekali. Keisha juga mempunyai akaun Instagram dengan nama lilkupukupu.
Meninjau ke akaun Instagram, Nabila telah memuatnaik gambar terbaru anaknya itu. Keisha menggayakan barangan miliknya iaitu beg tangan, cermin mata hitam dan bandana. Penampilan Keisha ini telah mengej0tkan ramai peminat kerana Keisha sudah seperti anak dara.

Wajah Keisha saling tidak tump4h seperti Nabila terutamanya senyuman Keisha yang begitu seiras ibunya. Wah, begitu cepat masa berlalu, Keisha sudah hampir sama tinggi dengan ibunya dan sudah remaja. Cantik macam mommy sangat !!
Jom lihat perkongsian di bawah :
Penampilan Keisha ini juga mendapat pujian daripada rakan artis dan peminat kerana seiras wajah Nabila ketika remaja dahulu. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Anak dara dah Keisha. Dulu takat pinggang je, cepatnya masa.. “
” Allahu… dah besarlah . So cantik .. Cntiknya anak dara sorg ni.. ”
” Ya Allah Abil how did she grow so fast. I rasa tgk story u hari tu mcm kecik lagi ni suddenly mcm dah form 3.. “
” Sebijik mcm ko. Tapi time muda la bil.. manis macam mummy dia… “
” Waiittttt, where did the time go ? Rasa mcm baru je lahir a year ago.. “
Begitu pantas masa berlalu. Keisha juga sudah pandai bergaya seperti ibunya. Mesti apabila sudah dewasa cantik seperti ibunya juga. Semoga Keisha menjadi anak yang baik, patuh kepada ibu bapa dan menjadi anak yang membanggakan semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nabila Huda
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cepatnya Lara besar. Rasanya baru je tengok Lara masa kecil-kecil.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin

