Connect with us

Artis / Selebriti

” Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan seorang baby.. ” – Tomok

Tomok Kongsi Berita Gembira Isteri Selamat Melahirkan Anak Ketiga. Alahai Comelnya Baby, Putih Gebu. Seronok Lah Arrian Dan Andra Dapat Adik Perempuan !!

Baru sahaja petang tadi penyanyi Tomok berkongsikan berita tentang isterinya Ayu yang sedang berada di lab0ur room untuk melahirkan zuriat mereka yang ketiga. Ayu juga dilihat turut sama berkongsikan gambarnya bersama Tomok dalam pakaian hospital.

Sudahpun dikurniakan dua orang anak, Arrian dan Andrashah Iman, kehamilan kali ini amat istimewa dan sejak dari awal mengetahui tentang kehamilan ini, Ayu amat berharap untuk mendapat bayi perempuan. Akhirnya permintaan Ayu ini dimakbulkan Allah.

Setelah beberapa jam menghar0ngi proses untuk melahirkan, akhirnya Ayu selamat melahirkan puteri mereka ini. Kegembiraan pastinya dirasai mereka berdua namun pastinya yang paling gembira adalah Arrian dan Andra yang sudah tidak sabar untuk melihat adik baru mereka.

Menerusi akaun Instagram, Tomok telah berkongsikan sekeping gambar bayinya yang baru sahaja dilahirkan. Tomok yang mengkhabarkan tentang bayi perempuannya itu turut mengucapkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan isterinya itu. Comel sungguh anak Tomok, putih gebu !!

Jom baca perkongsian di bawah:

Berita gembira ini mendapat perhatian daripada ramai peminat. Antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah tahniaaaah tom. rezeki. moga besar jd ank solehah ye baby, dipelihara Allah.. ” – Fakhrul UNIC

” Alhamdulillah tahniah tomok & ayu.. ” – Shiha Zikir

” Alhamdulillah. Tahniah Tomok dan keluarga.. ” Aepul Roza

” Alhamdulillah baby girl.. smoge baby dan dibu sihat.. “

” Selamat bang… finally doa2 kami para fans terwujud… baby girl comel… semoga sehat2 selalu baby & dibu… salam from Indonesia.. “

” Comel… gurgurl la… congrats!!! tomokofficial n wife.. “

” Halahhhh halaaaahhhhh… bamb4mnyeeeee awk… nnt da abis pkp cikgu gom0l yer.. congrats mok & ayu.. “

Kelahiran yang paling ditunggu-tunggu akhirnya berakhir. Kegembiraan yang bukan hanya dirasai oleh Tomok sekeluarga malahan juga peminat dan sahabat handai. Apa pun, tahniah sekali lagi buat Tomok. Buat Ayu selamat berpantang dan semoga segala urusan berpantang dipermudahkan Allah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tomok, IG Ayu Abas

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT