Artis / Selebriti
” Power lah Khadijah, bangga tengok tau.. ” – Komen Netizen
Tomok kongsi video anak bongsunya, Khadijah bermain piano di Illy Piano Academy’s 4th Annual Concert 2025 raih pujian warganet. Wah hebatnya Dadija main piano. Kecik-kecik lagi dah hebat macam ni..
Bagi yang mengikuti penyanyi Tomok, pasti akan mengetahui yang Tomok gemar berkongsi perkembangan anak-anaknya di media sosial. Ketiga-tiga anaknya dilihat mewarisi bakat seni daripada Tomok sendiri, sama ada dalam bidang nyanyian mahupun muzik.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Tomok, penyanyi ini telah berkongsi beberapa gambar dan video yang memaparkan anak bongsunya, Siti Khadijah menyertai konsert pertandingan bermain piano. Menerusi perkongsian tersebut, turut kelihatan kedua-dua abang Khadijah serta ibunya hadir memberikan sokongan dan semangat buat si cilik itu.
Apa yang menarik perhatian, Khadijah tampil begitu yakin di atas pentas mempersembahkan bakatnya bermain piano dengan dua buah lagu bertajuk Wish I Were A Fish dan We Will Rock You. Aksi comel dan bakat yang ditunjukkan oleh Khadijah mencuri perhatian warganet.

Di ruangan kapsyen, Tomok meluahkan rasa bangganya melihat kejayaan Khadijah. Dalam masa yang sama, Tomok turut mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah banyak membantu Khadijah. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsin di bawah ini :
( Klik butang KANAN – > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian Tomok ini dan turut memberikan pelbagai kata-kata ucapan tahniah kepada Khadijah. Antara komen-komen menarik adalah :
” Power lah Khadijah, bangga tengok tau.. Tgk ank Tomok, tringat yg dakwat ke ape nth tumpah kena sluar kat butik Levi’s tu, kjp je dh besar khadijah.. Berbakat macam ayah dia.. “
” Tahniah dadija.. Untie very proud of you.. Semoga sukses di masa depan.. “
Jelas terpancar kegembiraan dan kebanggaan Tomok melihat persembahan Khadijah dan sikap penyayang dan dorongan daripada Tomok serta isteri membantu anak-anak mereka mengasah bakat sejak kecil. Memang tidak dinafikan, keluarga Tomok penuh dengan aura seni yang mengagumkan.

Sokongan sebegini bukan sahaja mengukuhkan hubungan kekeluargaan, malah memberi inspirasi kepada ibu bapa lain untuk turut mendorong anak-anak mengejar minat dan bakat mereka sejak kecil. Apa-apa pun, tahniah Khadijah, semoga terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG tomokofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti1 day ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah

