Artis / Selebriti
” Alahai sweet nya Hafiz dengan Fiona ni. Suara tu meremang dengar.. ” – Komen Netizen
Video Hafiz Suip dan isterinya, Fiona menyanyi secara live di majlis resepsi mereka raih pujian ramai. Fuh padu lah suara pasangan pengantin baru ni. Power betul part tarik suara, goosebumps dengar..
Semalam, warganet digemparkan dengan berita perkahwinan penyanyi, Hafiz Suip bersama pasangannya, Fiona Saffiyya. Ini adalah perkahwinan kedua buat Hafiz selepas perkahwinan terdahulunya kecundang di tengah jalan. Berita gembira ini disambut dengan baik oleh peminat Hafiz.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sheupvmyhre dan Instagram Rotikaya, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Hafiz dan Fiona menghiburkan tetamu yang hadir ke majlis resepsi mereka. Pasangan mempelai ini berduet menyanyikan beberapa buah lagu.
Mendengar paduan suara Hafiz dan Fiona, ramai yang kagum dan memuji kelunakan suara mereka berdua. Hafiz sememangnya diketahui memiliki vokal yang padu dan sudah beberapa kali menggondol anugerah vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu.

Fiona pula bukan calang-calang orangnya. Penyanyi berketurunan Iban Bidayuh ini juga aktif dalam bidang nyanyian. Persembahan yang memukau para tetamu dan tidak dapat dinafikan, high note Hafiz dan Fiona saling melengkapi antara satu sama lain.
Jom tonton video di bawah :
@sheupvmyhre
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Kali ini Hafiz buat lagu berduet dgn isteri. merdu kedua dua suara. semoga hafiz dan fiona terus bercinta hingga syurga .sy memang minat hafiz dr dulu.. masa dia hilang kejap sedih jugak sy.. jaga antara satu sama lain baik2 .insyaAllah.. semoga rumahtangga kalian diberkati allah swt.. “
” Sedap nye suara wife dia.. manis muka wife apih ni.. tahniah korang.. sweet je nyanyi dekat majlis sendiri.. untung la tetamu dapat tengok live.. “
” Meremang dengar paduan suara pengantin ni. suara dua dua padu, dua dua power.. suke tgk hafiz kembali senyum… smoge bahagia hingga surga.. “
” Alhamdulillah bagus Fiona ni.. lembut hati,hormat agama Islam, bertudung dari nikah sampai semua majlis kahwin.. mudahan istiqomah dan ikut terus.. “
” Tak payah susah susah jemput artis buat show dekat weddingnya. Hafiz dengan wife dah cukup dah.. kalau duet ni, confirm boleh letup.. “
” Alahai sweetnya Hafiz dengan Fiona ni. suara tu meremang dengar. syok lah nanti, dua-dua best nyanyi. Rumah confirm xsunyi x bingit telinga.. “
” Tahniah Hafiz, hari hari dapat karaoke camni. ada geng nyanyi serumah. tak puas dengar suara mempelai ni.. sedap sangat.. “
Sedap sungguh suara pasangan pengantin baru ini. Tidak perlu artis jemputan untuk memeriahkan majlis, cukup persembahan mantap daripada Hafiz dan Fiona sahaja. Apa-apa pun, semoga perkahwinan ini sentiasa dalam rahmat Allah dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok sheupvmyhre, Instagram Rotikaya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Berdekah tengok bila Cik Lan tolak Dato’ Vida tu, lawak betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nombor 1 macam Haris. Nombor 2 sebijik muka Neelofa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya

