Artis / Selebriti
” Sedih tengok Hafiz nangis macam ni. Part anak tu memang tak dapat tahan, sakit weh.. ” – Komen Netizen
Video luahan hati Hafiz Suib mengenai kehidupannya kini buat ramai sebak. Part Hafiz menangis terkenangkan anak-anaknya paling menyentuh hati. Sekuat-kuat seorang ayah, jatuh juga air mata..
Hafiz Suib bukan nama asing dalam industri hiburan negara. Bekas juara Akademi Fantasia ini cukup terkenal kerana vokalnya yang hebat. Zaman kegemilangan Hafiz berakhir apabila Hafiz tiba-tiba menyepi dan hilang dari radar peminat untuk satu tempoh masa yang lama.
Namun Hafiz membuat comeback ketika Anugerah Juara Lagu baru-baru ini dan mendapat sokongan padu daripada peminat-peminatnya. Ramai yang merindukan suara emas Hafiz dan berharap agar Hafiz terus berada dalam industri. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Hafiz Suib, satu video terbaru Hafiz telah pun dimuatnaik.
Video ini lebih kepada luahan rasa Hafiz untuk segala yang terjadi dalam hidupnya. Kata Hafiz, dia bukan lah menghilang, cuma dirinya kini sudah tidak semuda dulu dan perlu lebih matang dalam kehidupan. Terlalu banyak kecaman yang Hafiz terima sepanjang kariernya.

Tambah Hafiz lagi, perkara yang paling menyedihkan untuk dirinya adalah berjauhan dengan anak-anaknya, Muhammad Riyadh Zafri dan Muhammad Alkaf Zayna. Rumahtangga yang dibina bersama bekas isterinya, Nureffy berakhir dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Jom tonton video di bawah :
@hafizsuip90 𝘋𝘪𝘢 𝘥𝘪𝘢𝘮 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘳𝘢𝘴𝘢, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘣𝘪𝘢𝘴𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘭𝘶𝘬𝘢. 📌 Save the date : 01.11.25 🎫 Tickets on sale : 29.07.25 #HafizSuip #SAHEntertainment @SAH Entertainment @ERA @SINAR @THR GEGAR @Gempak
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sebagai peminat setia, sya turut nangis bro.. stay strong hafiz. kuatkan diri.. ingat Allah. Moga Allah permudahkan semuanya.. “
” Org yg Allah sayang, Allah bagi dia kesedihan moga dia selalu ingat Allah, Allah has a better plan for Hafiz Suip, Aamiin.. “
” Bangkit Apiz.. we are here, still hoping that you’ll make it big out there. you’re still young, still relevant. Utk anak2, bangkitlah k. Cukuplah menyepi.. “
” Explanation yg ringkas tapi penuh makna. I feel you.. seorg lelaki klu bila ia meluahkn tentg ht dia menaggs itulh tandanya ht dia hancur sehancurnya. sabar te fiz Allah sentiasa ada bersama kita dan Allah telah berjanji setiap kesulitan pasti akn ada kemudahan.. “
” Stay strong bro and get back up!!! Allah always with you….. I know it’s hard at times and with the support from all the peminat like me U can go through it.. “
” Aku kalau tengok seorang ayah yang menangis, situ dah faham apa yang tersirat.. Dlm senyuman hafiz selama ini kita tak tau dia dlm dilema.. Semoga fiz terus kuat.. “
” Sedih tengok hafiz nangis macam ni.. sabar Hafiz, Allah ada.. part anak tu memang tak dapat tahan, sakit weh.. Allahuakbar, semoga yang baik-baik untuk Hafiz.. “
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya Hafiz merasai kepedihan yang dialaminya sekarang. Namun walau apa jua yang terjadi, hidup perlu diteruskan dan menerima segala qada dan qadar Allah. Semoga Hafiz diberikan kekuatan untuk menghadapi segala kesulitan hidup dengan tenang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hafizsuip
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti5 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rasa nak nangis pulak dengar ucapan Mama YB.. ” – Komen Netizen

