Artis / Selebriti
” Menusuk kalbu, speechless. Tak perlu jerit-jerit, tarik suara dengan tenang je.. ” – Komen Netizen

Video Hafiz Suip cover lagu Dawai dan Dia raih pujian warganet. Meremang dengar suara Hafiz part tinggi tu. Nyanyian yang penuh dengan penghayatan, menusuk ke hati. Cover paling best versi Hafiz..
Apabila disebut sahaja nama Hafiz Suip, pastinya dalam fikiran wargamaya akan membayangkan kehebatan vokal juara Akademi Fantasia musim 7 ini. Hafiz pernah menyepi dah hilang dari radar peminat, namun kini Hafiz kembali bangkit dan membuat comeback yang dinanti-nantikan oleh ramai orang.
Hafiz aktif membuat live di akaun media sosialnya dan selalu menghiburkan semua yang mengikuti siaran langsungnya itu dengan nyanyian berbagai-bagai lagu. Antara lagu yang dibuat cover oleh Hafiz adalah lagu Dawai dendangan asal Fadhilah Intan dan lagu Dia, lagu hits Andi.
Hafiz tidak pernah mengecewakan dan apa sahaja lagu yang dinyanyikannya pasti kedengaran merdu. Hafiz bijak mengawal suara dan pernafasannya. Ramai yang memuji cover lagu Dawai versi Hafiz ini sangat sedap didengar. Versi lelaki yang membuatkan perasaan semua terbuai-buai.
Kemampuan Hafiz untuk menyanyikan lagu bernada tinggi tidak dapat disangkal lagi. Hafiz sudah pernah beberapa kali menggondol gelaran Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu dan tidak mustahil Hafiz mampu memberikan saingan sengit untuk AJL yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@hafizsuip90 Dia #joker
@hafizsuip90 dawai #joker
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Lagu ape pon kalau HafizSuip yang nyanyikan.. Penuh penghayatan.. secukup rase .. tak perlu tambah apa-apa dah.. “
” Dawai versi lelaki yang paling best didengar.. minat suara je.. suara dia ada seni… dia tau nak bwk suara dia.. nak kata sedap gila Tu tak la.. tp dia pandai bwk lagu.. “
” Version ni selesa utk telinga, tak perlu jerit2, tarik suara tenang gitu.. bersih sungguh tone hafizsuip. Semoga dipermudahkanNya segala urusan. Aamiiin.. “
” Lagu dawai versi laki Hafiz terbaik cover tapi kalau versi perempuan mila jirin terbaik.. Artis lelaki yg punya vokal yg hebat.. “
” Padu tone x lari pn.. hafiz klau bwak lgu2 mcm ni mmg nenusuk mndalam.. Lama dah nk dengar hafiz nyanyi lagu ni. suara n feel dia… menusuk ke hati.. “
” Menyanyi penuh emosi… yg mendengar terasa apa yg disampai kan… terbaik Hafiz.. Waduhhh menusuk kalbu speechless.. “
” Suara dan vokal hafiz ada jiwa.. Nyanyian sgt bjaya menyentuh jiwa. Sebutan jelas dan tone yg sgt sedap. Teruskn berkarya dan jgn bhenti.. “
Padu sungguh vokal Hafiz, alunan suara yang menyentuh hati semua pendengar. Semoga Hafiz terus berkarya dan aktif dalam industri serta terus mencipta kejayaan demi kejayaan selepas ini. Jangan sia-siakan suara emas yang ada untuk terus bersinar dan berdiri gah di persada seni hiburan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hafiz Suip
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Tak keruan Bella dekat Mekah tengok live ni. Banyak sangat YB terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Jujur aku sedih dengar apa Bella cakap. Tulus hati dia mendoakan YB.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen