Artis / Selebriti
” Alaa tang Amira panggil abang tu. Sweetnya, macam betul dah nikah.. ” – Komen Netizen
Video Amira Othman panggil Fattah Amin ‘Abang’ ketika sedang shooting buat peminat teruja. Part Fattah panggil Amira ‘Ayang’ tu, alahai lagi lah sweet..
Selepas berkolaborasi untuk produk kesihatan berasaskan minuman kopi, kini Fattah Amin dan Rissa skin meneruskan usahasama mereka apabila Fattah dilantik sebagai duta Rissa kosmetik. Tidak hanya Fattah, Amira Othman juga turut dilamarย oleh pengasas Rissa.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Imani Imtiyaz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika rakaman drama pendek Fattah dan Amira untuk produk Rissa. Drama ini menggandingkan mereka sebagai pasangan suami isteri.
Menerusi video di Imani Imtiyaz, telah dikongsikan sedutan lakonan mereka itu. Dialog yang dilontarkan oleh Fattah dan Amira membuatkan ramai yang tersipu dan tersenyum sendirian. Dapat didengar, Amira memanggil Fattah dengan panggilan ‘ abang ‘.

Fattah pula memanggil Amira dengan gelaran ‘ayang’. Lembut sahaja suara Amira dan intonasinya itu sedap didengar. Semakin rancak lah warganet mengusik dan menyakat Fattah dan Amira. Pasangan yang direstui oleh ramai peminat dan didoakan agar gelaran abang dan ayang itu menjadi kenyataan di dunia realiti.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@cute08628 abang,ayang…kan ayang dah merajuk tu #AMiracleForFattah #FAMIRAcle #rissaskin #amiraothman #fattahamin #tilljannah #bilanakkahwin #doabaikbaik๐คฒ #fattmira #viral #tiktokviral
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Kalau masing-masing dah ada real feel.. mesti lakonan nampak mcm betul-betulkan… hehehe.. sweetnya macam betul dan nikah.. “
” Alaaa…. tang mira pnggil abg.. tang fattah last tu “Yang tutup lampu yang terang sgt ni”…. daku mcm org tak betul dh ni sengih sorgยฒ dgr skrip dorang.. “
” Lawak tapi sweet haha.. yang ni dah boleh letak tajuk bila dah kahwin ni.. ni lah vitamin yg sangat saya tunggu.. baru tadi malam mimpikan amira dan fattah belakon.. “
” Kasi real terus la dh sepadan sngt tu.. nak tgelak la weyh tp suka tgk nya. hahahhaha moga jd real la eh jd suami isteri.. “
” Kru kat situ tak blushing ke ek haha. eh eh dia ber yang yang pulak hhaaha.. practice awal sebelum real.. “
” Kemain panggil yang tu.. praktis awal tak kalut haha. Ah sudahhhh aku plak yg jatuh berguling dr atas katil nii…. adoiiii laaa.. “
” Ni esok lusa dorang live mesti Amira tersasul panggil Abang haha. Lawak lah moga jadi knyataan la ek. Kita ni mudah tsenyum tgk dorg bdua ni.. “
Sambil melawak, terselit babak sweet Fattah dan Amira ini. Manalah warganet tidak tersenyum sendiri mendengar dialog mereka berdua. Mana tahu suatu hari nanti panggilan ‘abang’ dan ‘ayang’ itu kekal. Apa-apa pun, Fattah dan Amira sangat profesional dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Imani Imtiyaz, Tiktok cute08628
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu.ย Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen


