Artis / Selebriti
” Ala comelnya Zara. Seronok tengok Tok Ram dengan baby.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Datin Alyah Sempena Hari Bapa Curi Perhatian Warganet. Alyah Kongsi Gambar Penuh Wajah Baby Nur Izzara Buat Kali Pertama. Alahai Comelnya Kesayangan Alyah Dan Tokram Ni !!
Sebagaimana yang semua sedia maklum, Datin Alyah dan Dato’ Ramli MS mengambil seorang anak angkat dan berita ini dimaklumkan sendiri oleh Datin Alyah beberapa minggu yang lalu. Bayi yang diberi nama Nur Izzara ini menjadi pelengkap dan penyeri kehidupan Datin Alyah dan Tok Ram.
Menerusi perkongsian terbaru Datin Alyah di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang mengandungi beberapa keping gambar bersempena sambutan hari bapa. Memandangkan Datin Alyah masih lagi berapa di tanah suci Mekah untuk menyempurnakan ibadah hajinya, hanya kiriman ucapan dari jauh diberikan untuk Tok Ram.
Lebih istimewanya, Datin Alyah akhirnya menunjukkan wajah comel Izzara yang sememangnya dinanti-nantikan oleh para peminat. Pada paparan gambar pertama, kelihatan Tok Ram memegang dan meletakkan Izara secara berdiri. Wajah Izzara dengan mata bulatnya itu menambahkan lagi kecomelan Izzara.

Pada paparan gambar kedua pula, Izzara dipegang oleh anak perempuan Tokram menerusi perkahwinan terdahulunya iaitu Nadiah Ramli. Coretan Datin Alyah juga ringkas sahaja dan mengatakan Nadiah dan Izzara adalah 2 bunga kesayangannya dan Tok Ram.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ala comelnya Zara pakai topi macam tu.. Congrat granddaddy.. Tok Ram happy fathers day.. ”
” Seronoknyaa tengok tok ram with baby, semoga kehadiran baby terus menyinari kehidupan tok ram dan datin Alyah.. ”
” Happy Father’s Day Tokram semoga sentiasa dalam Rahmat Allah SWT.. Comelnya Zara, mata bulat.. ”
” Selamat Hari ibu Dan bapa… semoga bahagia selalu ada si kecik bertambah-tambah ceria.. ”
Gembira kakak Nadiah apabila berjumpa dengan adik kecilnya ini. Tentu Izzara akrab dengan kakak Nadiah nanti. Tok Ram pun semakin ceria wajahnya itu bersama Izzara. Datin Alyah yang jauh pun pastinya rindu dan tidak sabar untuk pulang bertemu dengan Izzara.

Selamat hari bapa juga kami ucapkan kepada Tok Ram. Semoga Tok Ram menjadi bapa yang terbaik dan penyayang kepada Izzara dan Nadiah. Untuk Nur Izzara, membesar dengan sihat selalu si comel dan menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Alyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

