Artis / Selebriti
” Aku yang blushing dengan reunion yang sekejap ni. Love the reaction.. ” – Komen Netizen

Video reaksi Nicholas Saputra bertemu Dato’ Seri Siti Nurhaliza di program One In A Million buat peminat teruja. Alahai comel sungguh reaksi Nicholas bila jumpa Tokti. Reunion selepas music video Debaran Cinta 23 tahun lepas..
23 tahun yang dahulu, biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza pernah bergandingan bersama hero kacak negara jiran Indonesia, Nicholas Saputra untuk music video lagu DS Siti berjudul Debaran Cinta. Ketika itu ramai yang berkenan dan berhasrat agar Nicholas dan DS Siti berjodohan.
DS Siti dan Nicholas tidak lagi pernah bertemu selepas penghasilan MV tersebut. Kini setelah 23 tahun berlalu, mereka dipertemukan kembali dan kali ini ianya usaha dari rancangan realiti TV , One In A Million. Sempena pentas akhir OIAM semalam, Nicholas hadir sebagai juri jemputan, manakala DS Siti pula sebagai penyanyi jemputan.
Menerusi perkongsian di beberapa buah media sosial dan Tiktok, telah dikongsikan reaksi Nicholas dan DS Siti ketika berjumpa. Nicholas mempamerkan reaksi wajah yang teruja selepas kelibat DS Siti kelihatan. DS Siti juga teruja dapat bertemu Nicholas.
Seorang cantik dan seorang lagi kacak, kedua-duanya masih sama seperti dahulu. Sebagai tanda pertemuan, DS Siti dan Nicholas mengabadikan gambar dan video bersama. Seronok warganet melihat 2 selebriti kesayangan ini dapat berbual dan bertanya khabar setelah sekian lama tidak berjumpa.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@xtra_my Selepas 23 tahun akhirnya bersua jua😍🥰 Comel je reaction Nicholas Saputra bila jumpa dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza #fyp #xtra #nicholassaputra #sitinurhaliza #oiam #beritaditiktok #sembangentertaiment
@snlegacysb Setelah hampir 23 tahun.. akhirnya bertemu kembali ❤️ #debarancinta #sitinurhaliza #nicholassaputra #oneinamillion #fyp #fypage
@toktitiktok Bertemu kembali dengan Nicholas Saputra di malam akhir OIAM. Saya membuat persembahan di pentas dan beliau pula menjadi juri. Meskipun selepas lebih 22 tahun video muzik Debaran Cinta, alhamdulillah masih ramai yang mengingati kemunculan Nicholas Saputra dalam video tersebut. #nicholassaputra #debarancinta #sitinurhaliza
Perkongsian ini telah pun meraih pelbagai respon daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ya Allah. Suka tengok video clip dorg dlu. Dok pikir siti kawin dgn dia je. Nmpk nau dlu asal video clip mesti nk kenen2 kan.. “
” Aku yg blushing dgn reunion yg sekejap ni. Luv the reaction.. Dua2 awet muda.. Excited sgguh nicholas.. “
” Wahh terimbas kembali Muzik Video Debaran Cinta.. nampak sopan santunnya Nicholas saputra dia nampak tokti terus trun set sembah Salam.. “
” First time nampak Nicholas ada facial expression.. Zaman ni mmg syok giler dgn citer ada apa dengan cinta.. “
” Tolong la buat petition buat debaran cinta 2.0. Kita plk excited tengok nicholas jumpa siti nurhaliza.. “
” Aku tengok reaksi Nicholas tu.. Ghisauuu aku.. Takut dia bangun pi peluk Tokti.. Mujur tak haha.. “
” Teruja nicholas bila ternmpk tokti.. Darjah 1 aku dah pandsi ship nicholas saputra dengan dato siti sebab mv debaran cinta.. “
Berpuluh tahun tidak bertemu, apabila dipertemukan semula sememangnya akan mengimbau kembali memori music video Debaran Cinta. Baik DS Siti mahu pun Nicholas, kedua-dua maintain kelihatan muda sahaja dan tidak banyak berubah wajah mereka. Siapa tahu mungkin kah bakal ada Debaran Cinta 2.0 nanti selepas reunion ini.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Xtra, Tiktok Toktitiktok, Tiktok Snlegacysb
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Bila dia sebut inspirasi daripada Umi dia, terus laju je aku menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Saya rindukan Walid, Umi dan adik-adik tapi mereka semua dah tiada.. ” – Putri Qisya
-
Viral2 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen