Artis / Selebriti
” Tup tup dah besar. Manis dan iras Captain sangat.. ” – Komen Netizen
Perkongsian gambar terbaru Ella dan suami, Azhar menyambut ulangtahun kelahiran anak mereka, Shanome Az Zahra raih perhatian peminat. alahai dah besar Shanome, makin cantik..
Kehidupan ratu rock negara, Ella Aminuddin dan suaminya, Azhar semakin bahagia dengan kehadiran anak angkat mereka yang diberi nama Shanome Az Zahra. Pantas masa berlalu, kini Shanome sudahpun berusia 8 tahun dan membesar menjadi seorang anak yang sihat.
Meninjau entry di akaun Instagram Ella Aminuddin, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Ella bersama Azhar menyambut ulangtahun kelahiran Shanome. Sambutan yang simple sahaja tetapi cukup bermakna untuk Shanome kerana diraikan oleh mummy dan papa kesayangannya.
Ella turut mencoretkan ucapan ringkasnya untuk Shanome. Ungkap Ella, semoga Shanome yang dianggap seperti syurga dan dunianya ini menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Ella dan Azhar sangat menyayangi dan mengasihi Shanome.

Ramai di kalangan warganet memuji kecantikan wajah Shanome. Semakin lama wajah Shanome dikatakan kelihatan mirip dengan wajah Azhar. Warganet turut tumpang gembira melihat kebahagiaan Ella dan Azhar bersama Shanome. Selamat hari lahir yang ke 8 tahun buat permata hati Ella.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tup tup dh besar… manis dan iras Captain sgt… rezeki ank ini.. nama dia unik ler.. Selamat ulangtahun anak solehah momi dan kupapa.. “
” Happy birthday princess.. terus membesar jadi anak baik ye.. amin yra.. Shanome ikut muka papa dia ye.. “
” Happy Birthday, sweetie shanomes.. moga cemerlang dunia dan akhirat, sentiasa dalam lindungan Ya Rabbi.. “
” Uishhhh anak dah besar…. lawa haa.. Happy birthday princess. Semoga membesar menjadi anak yang soleh di dunia & akhirat.. insyallah amin.. “
” Dulu tengok baby lg, dah lama tk tengok dia bila besar muka mcm daddy moga shanomes terus sihat dlm lindungan Allah.. “
” Sanah Helwah beautiful princess.. semoga membesar jadi anak yang solehah anak.. aaminn Ya Rabbal’alamin.. “
” Alhamdullilah lawa princess, semoga menjadi ank yg cemerlang dunia akhirat, ank yg menyenangkan ibubapa… cantik mcm ibunya ellaaminuddins.. “
Semakin besar, semakin cantik Shanome, secantik namanya. Kami di Berita Kopak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran Shanome. Semoga Shanome menjadi anak yang solehah dan membanggakan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ella Aminuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen

