Artis / Selebriti
” Bila I dengar nama dia lagi I tak nak.. ” – Ella Aminuddin
Video Ella kongsi kisah throwback enggan berkerjasama dengan Faizal Hussein buat ramai terhibur. Dengar nama Faizal je terus Ella tak nak. Sampai Ella nak tarik diri. Tak sangka itu sebabnya. Kelakar betul lah Ella ni, haha..
Ratu Rock negara, Ella Aminuddin muncul dalam podcast berjudul Ella Rasa dan banyak cerita mengenai Ella dibualkan sepanjang podcast berlangsung. Tidak hanya mengenai karier Ella tetapi rahsia Ella juga berjaya dikorek oleh host podcast tersebut.
Menerusi perkongsian video di Channel Youtube Ellarasa Official, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Ella bercerita mengenai pengalamannya berlakon bersama aktor lelaki yang diminati dan digilai oleh ramai wanita iaitu Faizal Hussein.
Ella dan Faizal pernah bergandingan dalam filem Bayangan Maut sekitar tahun 1991. Ella mendedahkan dia pernah berhasrat untuk menarik diri daripada berlakon apabila mengetahui pelakon lelaki yang akan digandingkan dengannya adalah Faizal.

Ini kerana Faizal seorang yang fokus dengan kerja dan penuh penghayatan ketika berlakon. Faizal juga seorang yang terlalu in character sehinggakan Ella merasakan buntu memikirkan cara untuk meneruskan lakonan. Kelakar mendengar ayat yang keluar daripada mulut Ella.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dua-dua comel. rindunya Ella dan Jojoeee.. Haha lawaknya lah Ella ni. dengan suara manjanya tu, kita pun geram dengar.. ”
” Adik kakak cantik dan comel je.. Kak ell remember tak this script “sayang tak ? Habistu kenapa tak cakap “ HAHA.. ”
Faizal memang terbaik dari segi penghayatan watak dan kerana lakonan yang hebat itu juga membuatkan namanya melekat di hati penonton. Tentu Ella tidak selesa dan rasa kekok kerana Faizal yang berada di hadapannya bukan Faizal yang Ella kenal.

Pelakon hebat seperti Faizal memang begitu lah cara kerjanya tetapi Faizal seorang yang mudah dibawa berbincang dan banyak membantu Ella. Itu pengalaman Ella sepanjang penglibatannya sebagai pelakon bersama Faizal dan menjadi kenangan manis untuk dikenang sampai bila-bila.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ella Aminuddin, IG Faizal Hussein, Youtube Ellarasa Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara tu bapak argh sedap. Memang sapu semua lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang.. ” – Jai Faizal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, banyaknya soalan normal ke czer ni. Kenapa ? ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salute abang Norman, dia perbaiki kesilapan dia. Best ayah dan anak rapat macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby nak bukak pun susah mummy. Baby bukak sampai tenaga baby hilang mummy.. ” – Jebat Jayden

