Artis / Selebriti
” Aku tak daya nak gelak dah, bergelek tak relaks betul Kepom ni haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Elly Mazlein Dan Rina Nose Menyanyi Dan Bergelek Lagu Perawan Atau Janda Buat Ramai Terhibur. Lawak Bila Kak Lina Cuba Tiru Aksi Rina Buat Goyang Tu. Alamak Dah Remaja Purba Lah Kak Lina, Sampai Betulkan Pinggang Dah Tu. Haha !!
Kehangatan rancangan realiti Big Stage Musim 5 semakin dirasai dan kini telah pun melepasi minggu ke 6. Tidak hanya kerana persembahan semua peserta yang hebat, malah gelagat lucu Elly Mazlein dan Rina Nose sebagai hos juga membuatkan penonton di rumah setia di hadapan kaca televisyen masing-masing.
Meninjau akaun Instagram Astro Awani, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pasangan hos ini menghiburkan penonton di dewan dengan nyanyian mereka. Menyanyikan lagu berjudul Perawan Atau Janda, ianya mendapat tepukan gemuruh daripada semua.
Lagu ini memang cukup sinonim dengan Kak Lina dan suaranya begitu kena dengan melodi lagu tersebut. Apabila pasangan hos kedua-duanya jenis ‘masuk air’, maka ini lah jadinya. Kak Lina menyanyi, si Rina pula menjadi tukang gelek. Amb0i Rina, goyang bukan sebarang goyang ni.
Lebih menggamatkan suasana dan membuatkan penonton di dewan bersorak apabila Kak Lina cuba men1ru aksi gelek Rina. Alamak gaya gelek ini boleh tersalah pinggang dibuatnya. Kak Lina pun tak nak kalah dengan Rina. Bila buku bertemu ruas, pecah ketawa masing-masing melihat gelagat Rina vs Lina ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
‘‘ Serius aku tengok Big Stage bukan sebab peserta tapi sebab dia orang berdua ni haha. Sebelum ni tak pernah layan pun Big Stage ni.. ”
” Tersembur air masak aku minum tengok Rina menari haha. Tengok big stage tengok diorang je lagi suka.. ”
” Aku tak boleh lah dengan Rina ni haha. Part Rina tu alahai haha.. Tarian ni kalau ikut boleh terkehel pinggang.. ”
” Dua-dua masuk air, aku tak dapat bayangkan macam manalah crew-crew dekat situ mesti sak1t perut gelak je haha.. ”
” Aku baru beranak ni, bel4h pulak tu. Sak1t perut tengok dua-dua ni haha. Best gandingan dua orang ni, terhibur sangat.. ”
” Stress keje, tengok yang ni terus tergelak sorang-sorang. Kak Lina nasib boleh bangun lagi haha.. Remaja purba behave sikit kepom haha.. ”
” Ad0i dedua ni memang tak kering gusi lah dibuatnya. Hyper betul ye 2 orang ni dengan heels tinggi tu.. kepom jangan buat hal, pat4h pinggang tu nanti haha.. ”
” Haha aku tak daya nak gelak dah. Kepom nk jugak buat goyang inul, nasib boleh bangun lagi haha. Bergelek tak relaks betul Kepom ni haha.. ”
Kelakar betul lah Kak Lina dan Rina ini, salah satu tarikan yang membuatkan ramai ingin menonton Big Stage musim ini. Kak Lina jangan diikut sangat si Rina punya gelek tu, takut nanti masalah lain yang datang, hehe. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Awani, IG Majalah Remaja
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bergetar menjawab tu, memang sedih g1la dia. Nampak dia macam nak nangis tu.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Berdekah tengok, terjebak jugak korang. Khalish, Emir dan Seira versi baik ni, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Aku yang tak kuat, dengar terus nangis.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti4 months ago
” Berat nanang mu Zan, macam tu je panggil. Haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Adik, awak tertelan mic ke. Meremang dengar suara.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Ingat Kak Lina je masuk air, Aqish pun 2 kali 5 rupanya, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti4 months ago
” Dia dah lama rancang, Odey je yang lalai. Sed1h pulak dengar ayat last tu.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Baca kapsyen Makder pun dah menitik air mata. Makder lebih kenal Raissuddin.. ” – Netizen