Artis / Selebriti
” Aku tak boleh lah tengok Kak Lina membawang, habis semua reaksi muka keluar ni.. ” – Netizen
Video Elly Mazlein Menemuramah Ernie Zakri Mengenai Isu Gosip Hangat Buat Warganet Terhibur. Dengan Intonasi Suara Dan Ekspresi Wajah Tu, Yang Serius Pun Boleh Berdekah Gelak. Masuk Air Lah Ernie Dan Kak Kepom Ni !!
Setiap kali Ernie Zakri menjadi tetamu Elly Mazlein di konti Era FM, pastinya suasana akan menjadi riuh dengan celoteh mereka berdua. Seorang jenis kaki lawak, seorang lagi pula suka ketawa memang sekepala Ernie dan Kak Lina Kepom.
Meninjau entry di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan temubual Kak Lina bersama Ernie. Menyentuh gosip yang hangat diperkatakan baru-baru ini mengenai Ernie ada hubungan cinta bersama seorang pemuzik, perbualan mereka ini membuatkan ramai terhibur.
Pada awalnya perbualan berbunyi serius tetapi menjadi kelakar apabila Kak Lina mula membuat mimik-mimik muka. Bukan setakat mimik muka, pandangan mata Kak Lina juga memainkan peranan. Ernie sendiri pun ketawa melihat ekspresi wajah Kak Lina itu.
Bukan main lagi Kak Lina melakonkan reaksi netizen, gaya membawang tu memang A lah Kak Lina. Tak berhenti ketawa mendengar perbualan mereka berdua. Apabila Kak Lina bergabung dengan Ernie yang tak kelakar pun boleh menjadi lawak sampai gelak keluar air mata.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Si0t lah kak lina haha.. Kak Lina dgn erni ni MMG kena kalau bergabung… Mantappp.. tgk cara nyembang MMG masuk air berdua.. ”
” Adehh erniezakri bergabung pulak dekat kak kepom iamellymazlein memang senak perut dibuatnya.. ”
” Masa keluar pun ramai org x pcye gossip ni.. ernie dgn syamel kan berkepit je diorg ni.. celah mne nak ada scandal.. ”
” Haha kak lina macam mami jarum haha.. ada karaoke tak dua orang ni.. kelakar kak ninie ni ‘ muka bisa ‘ haha.. ”
” Aku tak boleh lah tengok kak lina membawang, habis semua reaksi muka keluar ni. Elok aku nak dengar dengan serius jadi terbahak ketawa.. ”
Ketawa non stop Kak Lina dan Ernie, perbualan yang tidak hanya menghiburkan mereka berdua tetapi warganet juga. Kak Lina dengan karakter Surayanya itu tidak dapat dipisahkan. Melihat ekpresi muka Kak Lina itu sahaja pun sudah cukup membuatkan warganet terhibur.
Semua persoalan sudah Ernie rungkaikan dan harapnya warganet sudah jelas dengan kenyataan Ernie itu. Walau apa jua yang berlaku, peminat mengetahui siapa Ernie. Semoga Ernie terus maju jaya dalam karier dan terus berkarya serta menghiburkan semua peminat dengan suara emasnya itu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rehearsal pun dah power. Lagu brazilian jazz ni, bukan semua orang boleh bawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kemain menari sekali dengan mimik muka dan mata ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Haa jangan lah macam tu, ni semua Amira Othman punya pasal.. ” – Elly Mazlein