Connect with us

Artis / Selebriti

” Aku ingat siapa tadi dia peluk. Kalau nampak Datin, naya ni. Risau kitorang tau.. ” – Roy Azman

Video Dato’ Ramli MS Bertemu Dengan Adik Perempuannya Di Singapura Raih Perhatian Ramai. Part Roy Azman, Dato’ Jalaluddin Dan Jatt Ali Risau Tok Ram Peluk Adik Dia Tu Kelakar. Sebijik Betul Muka Tok Ram Dengan Adik Dia !!

Bagi yang mengikuti Dato’ Ramli MS pasti mengetahui yang Dato’ Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram kurang berkongsi mengenai hal keluarganya di media sosial. Lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan isu rumahtangganya.

Meninjau di akaun TikTok milik fwairy.mochiiΒ telah dikongsikan satu video yang memparkan Tok Ram bertemu dengan adik perempuannya. Difahamkan pertemuan tersebut ketika Tok Ram dan rakan-rakannya, Dato’ Jalaluddin Hassan, Roy Azman dan Jatt Ali berada di Singapura.

Menerusi video itu, Tok Ram bertemu adik perempuanya yang dikenali dengan nama Arni di restoran milik Arni sendiri. Ketika bertemu, Tok Ram dan Arni saling berpelukan seolah masing-masing sedang melepaskan rindu setelah lama tidak bertemu.

Dato’ Jalaluddin, Roy dan Jatt terkejut melihat Tok Ram memeluk Aini kerana pada awalnya mereka tidak tahu sebenarnya Arni adalah adik Tok Ram sebelum Tok Ram memperkenalkan Arni kepada mereka. Perkongsian video tersebut telah menarik perahatian warganet.

Tonton video di bawah ini :

@fwairy.mochii_

tokram with his younger sister 🫢🏻 #projekbapakbapak #travellawakbapakbapak #tokram #royazman #jattali #jalaluddinhassan #fy #foryou #allstargegarvaganza

♬ to the bone – ourfeelingsπŸͺ

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Muka pun macam Tok Ram versi pakai tudung.. Tok jalal, terus berubah nak mengatal mcm dalam drama, cara bertanya haha.. “

” Penyayang rupanya, sweet wehhh bila dia jumpa adik dia.. Nampak dua-dua sangat rapat saling menyayangi antara satu sama lain.. “

” Ada iras2 Kiah Propa lah.. Arrrghhhh comel dua-dua bila jumpa.. Adik tu manja betul dengan abang.. Haha Tok Jalal, Roy, Jatt macam biasa suka menyakat.. “

” Such loving person Tok Ram.. Luaran kita nampak dia garang, serius.. Tapi tengok lah.. Patut lah Datin jatuh hati dengan Tok Ram.. “

” Ni my favourite place nasi padang at far East.. Recommended nasi padang memang sedap & kuih2 lama pun sedap.. Kedai adik Tok Ram rupanya.. “

” Rapatnyaaa, suka tengok Tok Ram dan adiknya, nampak saling merindui.. Hehe ni video time bapak2 pergi singapo kan.. “

” Sayang adiknya, copy paste betul muka dua beradik ni.. Hehehe. Comel tengok Tok Ram layan adik dia, manja sangat.. “

Wajah dua beradik ini saling tak tumpah sama bak kata warganet adik Tok Ram versi Tok Ram memakai tudung.Β  Selain itu juga, akui warganet rupanya Tok Ram seorang yang penyayang kerana melihat cara Tok Ram melayan Arni dan reaksi Arni yang sangat manja dengan Tok Ram.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok fwairy.mochii

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT