Artis / Selebriti
” Adoi I pulak yang sebak tengok video Ni. Allah ganti seorang yang sangat baik menjaga anak-anak arwah Sarah.. ” – Komen Netizen

Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Yang Pertama, Shuib Sepahtu Kongsi Video Throwback Majlis Pernikahannya Bersama Watie Hanifiah Buat Ramai Tersentuh. Genap Setahun Kahwin, Baru Shuib Share Memori Terindah Ni !!
Meninjau di akaun Instagram pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu, telah dikongsikan video throwback sekitar majlis pernikahannya bersama isteri tersayang, Watie Hanifiah sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama pada hari ini. Di rung kapsyen, Shuib turut memberikan ucapan terindah buat Watie.
Tulis Shuib, dia sangat berterima kasih kepada Watie kerana menerima seadanya dirinya dan anak-anak dalam kehidupan baru Watie. Bahkan Shuib berharap hubungan rumahtangga yang dibina ini akan terus kekal bahagia sehingga ke syurga. Perkongsian ini telah menarik perhatian warganet.
Ada yang tersentuh menonton video perkahwinan Shuib dan Watie dan mengatakan kehadiran Watie dalam kehidupan Shuib serta anak-anak adalah sangat tepat pada waktunya. Sehingga kini, video throwback perkahwinan Shuib serta Watie menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Semalam, Watie turut memuatnaik video bersama Shuib meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka dengan membawa anak-anak bercuti di sebuah pulau di akaun Intagram miliknya. Di Instagram Story (IG Story) pula, Watie sempat merekod video momen ketiga-tiga anak mereka itu meluangkan masa bersama dengan menyanyi dan bermain gitar di ruang tamu rumah penginapan yang disewa.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain tersentuh, ramai yang turut memberikan ucapan buat pasangan ini sempena ulangtahun perkahwinan dan mendoakan yang baik-baik Shuib dan Watie. Antara ucapan-ucapan warganet adalah :
” Adoi I pulak yang SEBAK tengok video Ni. Allah ganti seorang yang sangat Baik menjaga Anak Anak arwah Sarah.. Happy anniversary Shuib dan Watie.. “
” Fuhhh sebaknyaaaa nengok video ni taktau pasaipa. Tahniah kalian berdua, moga berkekalan hingga akhir hayat aminnnn Happy anniversary yang pertama.. “
” Selamat pengantin tantintang tintang Soeb n Wati. Dulu ms korg nk kawen kemain netizen bckp. Tp korg ignore n alhamdulillah bahagia. Tahniah. Cakor sikit2 takpe, hehe.. “
” Moga bahagia hingga syurga… Terima kasih Watie lengkap kan keluarga ini…Al fatihah buat arwah Siti Sarah Raisauddin.. “
” Masha Allah, Alhamdulillah.. Happy anniversary Shuib Watie, moga Allah permudahkn segala urusan murah rezeki dan kekal hingga jannah.. “
” Syukur alhamdullilah selamat hari ulangtahun perkahwinan sejahtera dunia akhirat Aamiin.. Semoga Allah pelihara rumahtangga sentiasa sakinah , mawaddah wa rahmah.. “
” Kenapa Kita rase sebak nie.. Selamat ulang tahun perkahwinan Shuib dan Watie.. Semoga terus kekal bahagia bersama anak-anak kalian.. Ameen.. “
Ramai yang tumpang bahagia melihat kehidupan rumahtangga pasangan ini. Kami dari Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama buat Watie dan Shuib. Semoga rumahtangga kalian ini akan terus kekal serta bahagia sehingga ke Jannah
Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Akhirnya dengar Kias Cinta versi Hadie dan Sallman. Suara tu ada feel dan rasa sayu.. ” – Komen Netizen