Artis / Selebriti
” Ada orang cakap kenapa Fattah order bunga graduation. Tak patut, tak patut.. ” – Komen Netizen

Perkongsian Video Proses Gubahan Bunga Hadiah Fattah Amin Sempena Birthday Fazura Raih Perhatian Warganet. Wah Cantik Sangat Bunga Ni, Semua Fresh Dan Ada Maksudnya Tersendiri. Yang Kecam Bunga Tu Boleh Tengok Sini !!
Semalam merupakan hari lahir Fazura dan Fazura ada berkongsikan di Instastory miliknya hadiah jambangan bunga daripada Fattah Amin. Hadiah ini menjadi perhatian kerana semuanya memang ternanti-nantikan hadiah Fattah untuk isteri tersayang.
Namun ada juga yang mempertikaikan mengapa bunga sebegitu yang diberikan oleh Fattah. Ada di kalangan warganet yang membandingkan jambangan bunga Fattah dahulu yang pernah viral ketika sambutan ulangtahun kelahiran Fazura yang ke 34. Sebanyak 500 kuntum bunga mawar merah diberikan pada ketika itu.
Meninjau akaun Instagram Haaziqdesigns, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penggubahnya bernama Haaziq menunjukkan proses membuat hadiah bunga untuk Fazura semalam. Haaziq menggunakan bunga segar berwarna merah jambu.
Haaziq menunjukkan satu persatu step yang dilakukan sehingga terhasilnya jambangan bunga itu. Setelah selesai, jambangan bunga itu diserahkan kepada Fattah. Cantik jambangan bunga ini apabila dilihat secara terperinci. Fattah juga gembira ketika menerima jambangan bunga ini.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Komen netizen di Thread :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 200 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Patutlaaa design bunga pagi tadi tengok kemain helok. And deko macam ni tak jumpa kat tempat lain. Boekhhh aaa Haziq.. helook.. “
” Wow patut lah cantik Haziq Designs.. How much is thiss.. terbaik la Ziq.. nice.. “
” Ada org ckp baca dkt thread, dia ckp kenapa fattah order bunga graduation, tak patut tak patut.. “
Hasil yang sangat wow dan tidak akan boleh didapati di tempat lain, itu antara komen yang diberikan. Jika dilihat penghasilannya, memang eksklusif dan ada seni tangannya yang tersendiri. Pemilihan bunga pun sangat sesuai dengan bakal penerima jambangan bunga itu.
Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan agar kemelut yang melanda rumahtangga Fattah dan Fazura akan berakhir dengan baik dan ada sinar untuk kembali bertaut semula. Apa jua yang bakal terjadi, itu adalah takdir dan suratan yang telah tertulis untuk Fattah dan Fazura.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Haaziqdesigns, IG Fazura, IG Fattah Amin, Thread
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time Dato’ menulis dengan serius. Mesti Bonda nangis baca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok house tour tak fokus. Ni la review riak yang tak nampak riak, nampak kelakar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lima kali aku ulang tengok muka Bang Aji dok tenung je muka Dato’ Aliff tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Susah juga saya nak membuka mulut. Penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Akhirnya Bonda secara jujur dan terbuka up statement. Pilu rasa baca penulisan ini.. ” – Komen Netizen