Artis / Selebriti
” Aduh Tok Jalal, terkejut Dato’ Awie. Ni semua gara-gara Roy Azman.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Jalaluddin Hasan Memberikan Komen Di The Chosen One Musim 2 Buat Warganet Terhibur. Adui Tok Jalal, Terkejut Dato’ Awie Dan Jaclyn Victor Dibuatnya. Makin ‘Rosak’ Tok Jalal Sejak Berkawan Dengan Roy Azman. Lawak Lah, Haha !!
The Chosen One musim 2 (TCO2) kembali mewarnai kaca TV dan untuk musim kali ini, lebih ramai peserta yang berbakat besar dipersembahkan untuk tontonan ramai. Tidak hanya peserta yang hebat, para coaches yang terpilih juga bukan calang-calang orangnya.
TCO2 telah pun memasuki minggu ke 3 dan untuk minggu ini, pelakon senior berbakat besar, Dato’ Jalaluddin Hasan pula dijemput sebagai juri jemputan. Dato’ Jalal bergandingan bersama Dato’ Awie dan Jaclyn Victor membuatkan kerusi juri hangat dengan gelak ketawa.
Meninjau perkongsian di akaun Tiktok Gempak, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Dato’ Jalal memberikan komennya untuk salah seorang peserta. Tidak disangka, Dato’ Jalal memberikan komen yang menggeletek hati Dato’ Awie, Jaclyn dan semua penonton yang hadir.
Kata Dato’ Jalal, peserta TCO2 itu baru berusia 15 tahun tetapi boleh menyanyi dengan baik lagu Dato’ Awie. Sedangkan Dato’ Jalal ketika kecil dahulu, ingin menyanyi lagu Dato’ Awie pun suara tak sampai. Mendengar sahaja komen ini, tergelak Jaclyn dan Dato’ Awie dengan seloroh Dato’ Jalal.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ni smua gara-gara roy azman.. pengaruh rakan tak sebaya.. Dah terikut macam roy azman melawak dah dato jalal sekarang nih haha.. “
” Tahu dah punca dia Roy Azman haha.. Dah terbawak lawak Roy Azman tok jalal ni haha.. kalau dato awie tak cakap, aku percaya je dato jalal cakap.. “
” Ni laa faktor pengaruh rakan sebaya roy azman.. Roy Azman berjaya rosakkan Tok Jalal.. haha silap-silap awie belum lahir lagi.. “
” Dato jalai skrg pandai bergurau sejak kenal Roy Azman.. Dh kata… jgn amik perangai bapak2 lain… kan dh berjangkit… hhaha.. “
” Comel lah tok jalal ni lpas projek bapak2 makin kelakar.. Aduh tok jalal, terkejut dato awie haha.. masa dato jalal 15 tahun . jaclyn mana lg kecik, belum lahir lg masalahnya.. “
” Smenjak msuk program bapa2 ne, tok jalal dh lain macam.. haha ini lawak betul.. hasil berkawan dengan Roy Azman ni.. “
” Terkejut Dato’ Awie haha.. Lawak Tok Jalal ni.. sah sah pengaruh Roy Azman.. Roy Azman la punca Tok Jalal jadi macam ni.. rosak rosak.. “
Ini tak lain tak bukan, tentu hasil ‘berjangkit’ dengan Roy Azman ketika projek Bapak-Bapak. Dato’ Jalal semakin kelakar sekarang sejak bersahabat dengan Roy. Mahu tak terkejut Dato’ Awie dengan ayat Dato’ Jalal itu. Dato’ Awie dengan Jaclyn mungkin tak lahir lagi masa itu, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, Tiktok Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin