Artis / Selebriti
” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
Video Jaclyn Victor pecut laju ketika menyertai acara larian di sekolah anaknya buat ramai kagum. Fuh, berdesup Jaclyn berlari tinggalkan peserta lain. Hebat lah Jaclyn..
Beberapa hari lalu, tular satu video memaparkan penyanyi terkenal, Jaclyn Victor menyertai sebuah acara larian. Menerusi tinjauan di akaun Instagram milik radio Era, satu video telah dikongsikan yang memaparkan pihak mereka menghubungi Jaclyn bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut.
Menurut Jaclyn, video berkenaan sebenarnya dirakam ketika dirinya menghadiri acara sukan di sekolah anaknya. Menariknya, acara tersebut bukan sahaja melibatkan pelajar, malah turut disertai oleh para ibu bapa sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunan sekolah.
Tambah Jaclyn lagi, acara larian itu memang dikhususkan untuk para waris dan menjadi antara acara yang paling dinanti-nantikan. Ia bukan sahaja mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah, malah memberi peluang kepada ibu bapa untuk turut serta dalam aktiviti sihat bersama anak-anak.

Apa yang lebih mengagumkan, Jaclyn berjaya meraih tempat pertama dalam acara larian 100 meter yang disertainya. Kejayaan itu juga mencuri perhatian ramai, apatah lagi melihat semangat dan kecergasannya yang masih kekal bertenaga. Sehingga kini, video Jaclyn menyertai acara larian tersebut menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Giler lah, umur sebaya aku kot. Boleh lagi berlari tu, kalau aku pancit dah.. Fuh aura.. Congrats Jaclyn.. “
” Anyway berapa masa dia.. Wow dia 47 gue 49 tak jauh beza .. Blh lari balik ni Sukan Jabatan.kih7 Jaclyn bagi inspirasi ni.. “
” Tgok keting dia lah biasanya kaki diorang kurus2 mmg lari laju. Time dkt sek dlu indian yg pegang piala utk larian. Mantap.. “
” Indian mmg tak dinafikan bab larian mmg champion sbb betis diorang halus kck je sbb tu lari laju.. Tahnia Jaclyn.. “
” Dia kan rajin gym, exercise dan fit. So senang la dia lari 100m.. Yg dlam track tu, dia rasa dia da sehabis laju dan lari.. kita kat atas tgk slow je.. “
” Akak JAC boleh serba serbi.. WOW suara padu lari pun padu.. Tapau habis.. Entah2 jac boleh menyanyi sambil berlari.. “
” Power la Kak Jac.. Kagum betul tengok.. Laju lah Kak Jac lari.. Btw cian Acik yang tersungkur awal2 tu.. “
Perkongsian video tersebut pantas mendapat reaksi positif daripada warganet yang kagum dengan pencapaian Jaclyn. Ramai yang memuji disiplin dan gaya hidup sihatnya, malah tidak kurang juga yang menjadikan Jaclyn sebagai inspirasi untuk terus aktif dan menjaga kesihatan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je, jaclynvictor
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Comelnya, macam kartun Shin Chan. Geram, macam Jepun look Akira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen

