Artis / Selebriti
” Aaaaa, I’m crying masa Aisyah and her husband bersalaman.. ” – Komen Netizen
Video Neelofa menghadiri majlis akad nikah dan resepsi abang PU Riz, Dr Mohd Fakhrudin dan Aisyah Aziz raih perhatian ramai. Cantiknya Aisyah, abang PU Riz pun handsome. Part lepas akad nikah tu paling touching..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Neelofa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau popular dengan panggilan PU Riz ke Singapura untuk menghadiri majlis perkahwinan abang kepada PU Riz, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail.
Sebagaimana yang diwar-warkan dalam media semalam, abang PU Riz menikahi adik kepada Aliff Aziz, Aisyah Aziz. Untuk makluman semua, majlis akad nikah pasangan ini dilangsungkan di The Cove, Geylang Road Singapura dan disaksikan oleh keluarga dan kenalan rapat pasangan pengantin.
Sama cantik dan sama padan, moment pernikahan Aisyah dan Dr Fakhrudin berlangsung dengan lancar. Aisyah tidak dapat menahan air matanya sesudah ijab qabul dan bermula lah kehidupannya sebagai seorang isteri. Dari majlis akad nikah sehingga ke majlis resepsi, semuanya indah dipandangan mata.

Busana pengantin yang dikenakan oleh Aisyah dan Dr Fakhrudin juga cantik dan elegant. Ahli keluarga daripada kedua belah keluarga juga cantik dan berpakaian sopan semuanya. Alhamdulillah, Neelofa ada geng baru dalam keluarga mentuanya itu. Tumpang gembira warganet melihat keakraban Aisyah dengan ahli keluarga suaminya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 56 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Congratulations, alhamdulillah.. Moga kalian terus bahagia hingga akhir hayat syurga Allah SWT Aamiin.. “
” Kita yang tengok turut sama terharu, Alhamdulillah.. Lofa tetap lawa walau bertutup, ceria sentiasa.. “
” Lofa wlu dh purdah tp sy ttp suka skp lofa yg fun.. Gila2 jgk tu.. Gelak bsar.. gelak dia legend. sentise berjangkit.. “
” Kenapa kamu yg mcm pengantin baru kak lofaaaa weiii.. aisyah makeup nipis je. dia x kesah lgsg psl makeup ke ape. masyaallah .. moga pghijrahan ni mbawak seribu kbaikan buat kdua2 belah pihak.. “
” Semoga cinta sampai syurga ya buat semua pasangan dalam video ni. Aaaaa im crying masa aisyah and her husband salam.. part husb aisyah kisss tu.. “
” Tq for sharing Neelofa. Terharu jugak lihat lepas akad nikah tu. Semoga berbahagia pengantin baru, semoga rumahtangga Aisyah dan suami sakinah mawaddah warohmah. InsyaAllah good vibes je tgok. May it gets even better from this moment on .. Aameen…. Allahumma Bariklahum.. “
” Kenapa saya nangis tengok ni.. Alhamdulillah.. Tahniah aisyah aziz.. Semoga smp syurga.. Amin Aminnn.. “
Terharu semua melihat moment pasangan pengantin baru bersalaman, ikhlasnya kasih sayang seorang suami untuk isterinya. Semoga bahtera perkahwinan antara Aisyah dan Dr Fakhrudin ini sentiasa dalam rahmat Allah, diberkati selalu dan berkekalan sehingga ke jannah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Risau untuk saya nak cakap benda ni. Comeback yang sebenarnya, saya memilih untuk tidak.. ” – Aliff Aziz
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen

