Artis / Selebriti
” 10 kali saya ulang part Kinah jatuh. Lawak betul tengok, haha.. “- Komen Netizen
Video Sharifah Sakinah terjatuh ketika sedang shooting drama buat ramai terhibur. Amboi Shukri paling berdekah gelak tengok Kinah jatuh. Kesian Kinah, sampai tergolek-golek dibuatnya, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Sharifah Sakinah, telah dikongsikan video yang memaparkan Sakinah sedang shooting sebuah drama. Kelihatan turut berlakon bersama Sakinah adalah Shukri Yahaya, Nafiez Zaidi dan Zarina Anjoulie.
Menerusi video tersebut, ketika berlakon satu babak, Sakinah yang sedang berjalan, tiba-tiba kakinya tergelincir hingga membuatkannya terjatuh. Melihat apa yang terjadi kepada Sakinah, Shukri terus berdekah ketawa kerana Sakinah sudah meniarap di atas lantai.
Mujur ada seorang kru perempuan telah datang membantu Sakinah untuk bangun semula dan Shukri masih lagi tidak berhenti ketawa. Perkongsian video ini turut mengundang tawa para peminat Sakinah kerana terhibur melihat cara Sakinah terjatuh.

Menjengah di ruangan komen, kakak kepada Sakinah iaitu Sharifah Shahirah juga memberikan respon dengan meminta Sakinah selepas ini perlu berlatih selalu memakai kasut tinggi dan memintanya untuk lebih berhati-hati ketika berjalan. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Sakinah telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan rata-ratanya meluahkan rasa terhibur mereka dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kaki dah lock.. Dah berterabur.. Kena bagi kuat.. Praktis selalu yer.. Pakai kasut tinggi.. Lock kat otak.. ” – Sharifah Shahirah
” 10 kali saya ulang part Kinah jatuh. Lawak betul tengok, haha.. Hahahahaha nasib baik atas carpet, kau superman, hahahahaa.. “
” Aku gelak sebab Shukri gelak.. Aduiii sakan dia gelak hahaha, mesti rasa kelakar sangat tengok Kinah tiba2 boleh jatuh macam tu.. “
” Pecahhhh.. Kalau tak kelam kabut bukan Kinah la nama nyaaa… Hahahaha amboi si kri tu kalau gelak memang dia lah juara, hehe.. “
” Banyak kali kot aq dok ulang tengok video ni, hahahaha.. Kemain si Shukri gelakkan Kinah.. Gelak besar Syukri ea, sampai tergolek2.. “
” Ya Allah.. Siannlaaa… Sakan shukri gelak ya Allah.. hehe.. Gelak dulu baru pakat tolong, hahahaha.. Nasib baik tersungkur at right angle.. “
” Kinaaaaahhhh, hahahaha adoiii. Buku lali aku yang sakit.. Anjue ko ok tak ok tu… Macam takde perasaan je bila tanya, hahahaha.. “
Amboi Shukri, tak berhenti dia gelak. Seronok betul Shukri tengok Sakinah terjatuh yer. Apa-apa pun, nasib lah tidak berlaku sebarang kecederaan kepada Sakinah. Semoga selepas ini Sakinah akan lebih berhati-hati ketika memakai kasut tinggi dan tidak lagi berlaku kejadian seperti ini.

Silakan SHARE..
Sumber : -IG sharifah_sakinah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen

