Artis / Selebriti
” YB tak reti nak pusing jawapan, Bella pula malu-malu. Terus dapat jawapannya.. ” – Komen Netizen

Jawapan YB Syed Saddiq dan Bella Astillah apabila diajukan soalan mengenai sejauh mana hubungan mereka raih perhatian ramai. Wah jawapan kali ini memang telus tanpa selindung lah. Malu-malu muka masing-masing..
Saban hari ramai yang suka melihat video Bella Astillah dan YB Syed Saddiq atau digelarkan sebagai BASS. Seakan satu fenomena, di mana-mana sahaja orang akan memperkatakan mengenai mereka berdua. Satu gandingan hebat dan kedua-duanya mempunyai aura tersendiri.
Meninjau entry di akaun Instagram Melodi TV3, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual wartawan bersama Bella dan YB Saddiq. Pasangan ini ditemui ketika berlangsungnya sesi Meet And Greet Primavalet beberapa hari yang lalu.
Soalan panas yang ditanyakan pastinya mengenai status sebenar hubungan Bella dan YB Saddiq. Ini kerana kemesraan mereka tidak kelihatan seperti dibuat-buat dan nampak semulajadi membuatkan ramai merasakan Bella dan YB Saddiq kini sedang dilamun cinta.
YB Saddiq orang yang telus dan selalu jujur dalam jawapannya. Tidak menafikan ura-ura itu, Bella dan YB Saddiq memohon semua mendoakan yang baik-baik untuk mereka. Reaksi spontan mereka berdua ketika menjawab persoalan ini semakin menguatkan firasat warganet yang ada sesuatu yang istimewa antara Bella dan YB Saddiq.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Melodi kata kiranya ni jadi ler.. nampak anggukan YB di situ.. Yb tak reti nak pusing jawapan tu, sebab biasa berkata benar di parlimen sebab tu dia angguk2 hahaha.. “
” Ambiklq garfu cucukla mata aku kassimmm .. aku dah penat nak berharap kali ni.. Bella Dan SS ketawa senyum saling berpandangan angguk2.. “
” Melodi : Kira ni kira jadilah eh? Bella : InsyaAllah.. apo?? korang kan bella dah kasi jawapan tu.. takyah tanya lagi lah.. mereka together dah tu.. “
” Kenapa panggil abang bukan yb.. kira jadi la abang ipaq kan haha.. kalau ikut mazhab ernie syamel, ni maybe step method 2 ke atas.. “
” Wehhh SS angguk pastu senyum2 maluu, bella pulaa malu2… aishhhh.. Suka lah tengok korang berdua. nampak kebahagiaan tu terpancar di muka bellaastillah dan nampak macam syedsaddiq ni ikhlas suka & sayangkan kak bella. semoga berjodoh ya.. “
” Jrg aku nk tgk interview Melodi byk kali tp yg ni byk kali plak aku ulang.. penangan #BASS.. Kira dah confirm laa nii kalau dah jawapan nyaa macam niii.. “
” Senang nya .. terus dapat jawapannya.. inshaa Allah.. mcm korea korea dah peminat semua sengih sengihh.. Semoga pnjg jodohnya ke jinjang pelamin bahagia buatmu Bella.. “
Jawapan yang sememangnya dinanti-nantikan oleh semua peminat Bella dan YB Saddiq. Semakin tidak sabar semua untuk melihat Bella dan YB Saddiq ke jinjang pelamin. Namun apa-apa pun, semuanya tergantung kepada izin Yang Esa. Andai ada jodoh adalah, tetapi jika tiada, semoga hubungan baik ini berterusan sampai bila-bila.
Silakan SHARE..
Sumber : Instagram Melodi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen