Artis / Selebriti
” Bagusnya Bilal isi masa dengan mendengar surah dan terjemahan, tak menghadap handphone.. ” – Komen Netizen

Video gelagat anak sulung Neelofa, Muhammad Bilal mendengar bacaan Al-Quran dan terjemahannya raih pujian warganet. Alahai bagusnya Bilal, khusyuk sungguh dia dengar alunan ayat Al-Quran..
Muhammad Bilal permata hati sulung pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa dan Haris Ismail antara anak selebriti yang seringkali mencuri perhatian warganet setiap kali video atau gambarnya dikongsikan. Bilal kini sudah pun berusia 3 tahun dan membesar dengan sihat.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nur NLFH, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Bilal ketika berada di rumah. Bilal yang sedang duduk santai di atas sofa memegang produk Kaabah sambil mendengar bacaan yang disediakan menerusi Kaabah itu.
Bacaan surah Ad-Dhuha dialunkan oleh Ustaz Haris, manakala terjemahannya pula menggunakan suara Neelofa. Khusyuk Bilal mendengar suara abah dan uminya itu. Melihat telatah Bilal itu, warganet memberikan pujian terhadap Neelofa dan Ustaz Haris.
Bagus cara Neelofa dan Haris mendidik Bilal. Tidak seperti kanak-kanak lain yang selalu menghadap handphone menonton video dan bermain games, Bilal lebih selesa dengan Kaabahnya itu. Secara tidak langsung, ianya menanam kecintaan Bilal terhadap ayat Al-Quran dan Bilal boleh mengingati segala yang didengarinya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@seorangnur Diam jer Bilal dengar suara Ummi dgn Abah ๐ #neelofa #harisismail #nunha #bilal
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 43 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bagus Neelofa dan Ustaz Haris.. mereka tak didik anak mengadap handphone dan games. Besar dah bilal, makin cerdik.. “
” Bilal ke tu.. dah besar betul tengok dia.. panjang badan dia dah, tinggi nanti ni.. Bagus didikan Lofa dan Garis, takde tengok hp ke ipad je.. “
” Masha Allah Bilal anak soleh.. Dah besar Bilal.. bagusnya Bilal isi masa isi dengan dengar surah dan terjemahan.. “
” Kita pun kena didik anak macam ni.. akan datang anak-anak dah besar sukar dah nak dengar kalau tak diajar dari kecik kan.. “
” Bagus Bilal tidak diajar bermain dgn handphone, makan pun makanan sihat. Terbaik Lofa n ustaz.. “
” Sedar sedar dah besar Bilal. sejuk hati tengok Bilal, dah diajar dari dalam perut dengar alunan ayat Al-quran.. sweet je Bilal dengar suara umi dan abah.. “
” Bilal masha Allah bagusnya anak soleh umi abah ni. khusyuk dia dengar ayat alquran dan terjemahan tu.. tak hairan lah dia dah boleh hafal surah-surah pendek.. “
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. InshaAllah Bilal bakal menjadi pencinta kalam Allah, Al-Quran dan menjadi seorang hafiz suatu hari nanti. Semoga Bilal membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang mendengar kata kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nur NLFHย ย
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen