Artis / Selebriti
” Wow lagu Blo0dy Mary dan Flower, clever lah Aafiyah.. ” – Netizen
Dato’ Seri Siti Nurhaliza Kongsi Video Anak Sulungnya, Siti Aafiyah Berlatih Bermain Piano Untuk Konsert Raih Perhatian Warganet. Wow Hebatnya Aafiyah Main Piano, Macam Profesional. Siap Ingat Key Lagi, Power Lah !!
Kehidupan penyanyi terkenal, Dato’ Seri Siti Nurhaliza sering menjadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi, sejak Dato’ Seri Siti bergelar ibu kepada dua orang cahaya matanya iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa. Dato’ Siti juga sering berkongsi perkembangan kedua-dua anaknya itu di akaun Instagram miliknya.
Terbaru, Dato’ Seri Siti telah memuatnaik satu video yang memaparkan anak sulungnya, Aafiyah sedang berlatih bermain piano. Tulis Dato’ Seri Siti di ruangan kapsyen, Aafiyah akan membuat konsert bermain piano, namun gara-gara Aafiyah kurang membuat latihan, Dato’ Seri Siti merasa sedikit gementar.
Tulis Dato’ Seri Siti lagi, menurut guru piano Aafiyah, Aafiyah mahu membuat showmanship ada tarian tangan ketika melakukan konsert nanti. Menerusi video tersebut, Aafiyah telah memain piano untuk lagu Blo0dy Mary, nyanyian penyanyi Lady Gaga dan lagu kedua adalah Flower nyanyian penyanyi dari Korea, Jisoo.

Perkongsian video itu telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Ada peminat mengatakan begitu teruja melihat cara Aafiyah bermain piano dan membayangkan suatu hari nanti, Aafiyah akan bermain piano ketika ibunya sedang buat konsert.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain menyukai video ini, rata-ratanya turut memberikan kata-kata semangat kepada Aafiyah. Antara komen-komen warganet adalah :
” Wow lagu Bl0ody Mary dan Flower, clever lah Aafiyah.. Aafiyah hebat macam ibu.. Pasti Aafiyah dapat buat yg terbaik.. “
” Next Konsert Siti Nurhaliza, Aafiyah mengiringi ibunyaa sambil bermain piano pasti terbaikkk Aafiyah pasti boleh.. “
” All the best Aafiyah syg.. Comel dengar Aafiyah suruh ibu cut video.. Tapi ibu pula t1pu sunat, hahahaha masih rekod lagi video.. “
” All the best Aafiyah.. You can do it.. Dalam tak rajin buat latihan pun dengar dah sedap sangat tu.. Aafiyah ni memang bijak lah.. “
” Masha’Allah.. Pandai Aafiyah main piano. Semoga konsert berjalan dgn sempurn Hahaha, Tokti tak baik tipu Aafiyah dah stop record tau.. “
” Moga Allah permudahkan semuanya, berjalan lancar dan baik2 aja.. Aamiin. Good luck and all the best Aafiyah sayang.. “
” Pandainya Aafiyah main piano.. Good job cutie.. Auntie yakin Aafiyah akan buat yang terbaik untuk konsert nanti.. “
Walaupun baru berusia 5 tahun, Aafiyah kelihatan begitu cekap bermain piano, siap ingat key lagi meskipun kurang membuat latihan. Apa-apa pun semoga Aafiyah akan terus belajar rajin-rajin dan membesar menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen

