Connect with us

Artis / Selebriti

” Ni dah macam konsert anak beranak dah. Yang last tu Khawla terkejut ke, haha.. ” – Netizen

Video Syamel Dan Ernie Zakri Menyanyikan Lagu Baru Mereka. Namun Gelagat Anak Mereka, Nur Khawla Soleha Berjoget Buat Ramai Terhibur. Amboi Khawla, Ligat Betul Dia Berjoget Bila Tengok Ibu Dan Daddy Dia Menari. Comel Sangat !!

Pasangan penyanyi duet Ernie Zakri dan Syamel sentiasa merakam aksi lucu mereka dan dikongsikan untuk tontonan peminat di akaun media sosial. Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Syamel telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang menyanyi bersama Ernie lagu baru mereka bertajuk ‘Sampai Tua’.

Menerusi video itu, turut ada bersama adalah anak pasangan ini iaitu Nur Khawla Soleha. Ketika Syamel dan Ernie menyanyi, Khawla menari dengan girangnya seakan teruja melihat Syamel serta Ernie membuat persembahan di hadapannya.

Pelbagai gaya dilakukan oleh Syamel dan Ernie untuk membuat Khawla terhibur sehinggakan Khawla juga turut mengikut rentak mereka. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan terhibur melihat anak beranak ini membuat ‘konsert’ bersama.

Sehingga kini, video Khawla sedang menari telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Amboi Khawla, siap join ‘konsert ibu daddy nya, sampai tersengguk-sengguk kepala, comel sangat.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video gelagat comel anak beranak ini. Antara komen-komen menarik warganet adalah :

” Ni dah macam konsert anak beranak dah, yang last tu Khawla terkej0t ke, hahaha..  Khawla dah besor nanti tak payah on sportify la, suruh je mak ayah dia nyanyi live.. “

” Seronoknya tengok.. Hari2 Khawla dpt dgr suara mantap ibu dan ayahnya.. Semoga Erni, Syamel dan Khawla sekeluarga terus bahagia bersama.. “

” Hahaha tersenguk2 dia melayan.. Mak pak suara superb.. Khawla ni mesti suara dia ikut pak maknya, sbb dua2 sedap.. “

” Hahahahaha.. Tak bley nk focus kat Khawla laaaa.. Sbb ibu dia ya ampunnn.. Comey.. Tak penat ke Ernie kemain semangat menari tu.. “

” Taktau siapa yang budak kecik. Ibu ke Khawla eh ? Pehal lah ibu Khawla buat perangai comel sangat ni, hehe.. Kalau ada tiket konsert mcm ni mesti sy beli.. “

” Bila mak bapaknya slo-mo.. Dia pun ikut slo-mo.. Pandai betul budak comel ni.. Anak beranak semuanya kelakar, penat ketawa tengok.. “

” Nak tengok Khawla tapi terfokus kat ibu.. Ibu nye lagi menghiburkan.. Haha.. Khawla be like ‘ dah kenapa ibu daddy aku ni’ .. “

Semangat betul tengok Ernie menari sebab nak menarik perhatian Khawla. Seronok Khawla dapat enmdengar lagu baru ibu dan daddynya secara live. Apa-apa pun, semoga Khawla terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG syamel_official

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT