Connect with us

Artis / Selebriti

” Weh lawak tengok rasa macam dia pi letak Ketty Fauziah dalam bakul duk usung, haha.. ” -Netizen

Video Gelagat Anak Syatilla Melvin, Syeriv Samheizy Dan Adiknya, Salama Samheizy Di Sebuah Supermarket Buat Ramai Terhibur. Pandai Betul Syeriv Jaga Adik Dia !!

Bagi yang suka mengikuti pelakon Syatilla Melvin pasti mengetahui yang Syatilla yang juga isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini seorang yang kelakar. Ada sahaja video yang dikongsikan oleh Syatilla di di akaun TikTok atau pun Instagram pasti membuat ramai tak kering gusi ketawa.

Telatahnya yang bersahaja dan suka menyakat adik-beradiknya yang lain ketika membuat video live sangat mencuit hati ramai. Terbaru, meninjau di akaun TikTok Syatilla, telah dikongsikan video yang memaparkan Syatilla bersama dua orang anaknya iaitu Syeriv dan Salama berada di sebuah supermarket.

Menerusi video itu, kelihatan Syeriv sedang menjaga Salama dan Syeriv meletakkan Salama di dalam bakul barang beroda. Kata Syatilla, dia beruntung kerana Syeriv sudah besar dan pandai menjaga adiknya. Perkongsian video ini mendapat perhatian warganet.

Ada peminat berseloroh mengatakan terhibur melihat Salama di dalam bakul lagi-lagi wajah Salama mirip seperti wajah ibu Sam iaitu Ketty Fauziah. Ada juga mengatakan Salama ialah mini Ketty Fauziah. Sehingga kini, video anak-anak Syatilla tersebut telah ditonton lebih 600 ribu tontonan.

Tonton video di bawah ini :

@samtilla82

Itu pentingnya merancang noh?🤣 ni main bubuh jaaaaa

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan perkongsian oleh Syatilla ini. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Weh lawak tengok rasa macam dia pi letak Ketty Fauziah dalam bakul duk usung, haha.. Syeriv mmg Tilla sebijikkk.. Sempoii.. Redha je Ketty Fauziah duk dlm bakul.. “

” Rasa mcm rude kitorg tngok sebb dia pi letak Ketty Fauziah dlm bakul.. Penat gelak tengok video ni.. Syeriv memang abang yang baik lah, pandai mengasuh adik.. “

” Katty Fauziah junior dlm bakul merah.. Kalau bakul kuning dah blih oder ni.. Comel lah tengok anak2 Tilla, dah besar pun si sulung tu.. “

” Tak payah stroller nohh Syeriv, hahahahaha pandai akai jenuh lah.. Care betul cara dia jaga adik dia.. Boleh harap dah hehe.. “

” Mat Yip sat ja noh hg besaq… Pandai dia jg adk dia.. Serius Salamam memang muka nenek dia.. Terkenan betul Tilla time mengandung dlu, haha.. “

” Nasib adik pun bagi kerjasama, bagus duduk diam ja dalam bakul tu.. Senang bubu nak beli barang, hehe bawa  abang jaga adik.. “

” Mat Yip handsome boy,  pandai jaga adik plk tu.. Awat bubuh makcik Ketty dalam bakul uiii, hahaha.. Diam tak kata apa pun si kecik tu.. “

Saling tak tumpah wajah Salama dengan neneknya kan, patut lah ramai yang geram dan terhibur tengok. Pejam celik, pejam celik sekejap betul masa berjalan, anak sulung Sam dan Syatilla sudah besar. Sudah lah handsome, pandai pula mengasuh adiknya.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok samtilla82, IG samtilla

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT