Connect with us

Artis / Selebriti

” Perangai bubu, muka Khaty Fauziah. Terbayang nenek Khaty yang menari agogo, haha.. ” – Komen Netizen

Syatilla Melvin Kongsi video terbaru gelagat anak ketiganya, Salama Samheizy buat ramai geram. Adui Salama, copy perangai masuk air Bubu sangat ni. Macam tengok Khaty Fauziah versi mini tengah berjoget. Comel sungguh telatah Salama ni, haha..

Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam dikurniakan 3 orang anak sepanjang perkahwinan mereka. Syeriv Samheizy, Sarima Samheizydan Salama Samheizy menambah kebahagiaan pasangan ini. Jika Syeriv dikatakan seiras dengan wajah Tilla, Sarima dan Salama pula dikatakan lebih mewarisi wajah Shaheizy dan ibunya, Khaty Fauziah.

Meninjau entry di akaun Tiktok Syatilla Melvin, telah dikongsikan satu video terbaru Salama. Wajah Salama sering dikaitkan dengan neneknya, Khaty. Rambut kerintingnya juga menjadi tarikan warganet. Salama merupakan seorang anak yang ceria dan suka membuatkan semua orang tertawa.

Menerusi video ini, Salama menunjukkan perangainya yang mencuit hati warganet. Berjoget mengikut rentaknya sendiri, gelagat Salama membuatkan Syatilla sendiri ketawa. Ramai yang mengatakan muka seperti nenek Khaty tetapi perangai ‘masuk air’ macam Syatilla. Tidak henti Salama berjoget dengan riang.

Syatilla bertanyakan kepada Salama antara sekolah dan playground yang mana Salama mahu pergi. Gaya Salama menjawab sahaja sudah menggeletek hati. Bak komen warganet, tidak perlu membuat DNA test kerana terbukti Salama ini perangai saling tak tumpah seperti ibunya yang dipanggil Bubu ini.

Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :

@samtilla82

Allah maha adil🀣salama memang syatilla melvin🀣

♬ Funny – Gold-Tiger

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Perangai ibu ni, muka neneknya Khaty Fauziah.. Sebab tu lah jedda selalu dok geram dengan budak ni.. lawak macam maknya.. “

” Haha perangai bubu, muka khaty fauziah.. anak no 3 memang selalu perangai random pelik-pelik.. “

” Perangai Tilla ni, muka jer Khaty junior. aduh knp la otak ni pkir aunty Khaty yang joget.. sebijik copy paste nenek muka tu.. perangai photostat tilla.. “

” Ni gabungan perangai 1 family.. berat salama nak pikul semua watak haha.. tapi nampak lebih perangai ibu ni.. “

” Salama tak rilek macam mak dia.. Perangai ibu betul.. geram je tengok dia buat mimik muka macam tu.. “

” Happy go lucky Salama.. Perangai mak hang sungguh lah Salama weh.. comel tapi tu la, kelaku sungguh.. Lamanya tak guna ‘gegeh’ tu haha.. “

” Muka bapaknya, perangai maknya.. Salama memang lucu lah.. gambaq video x pernah nak elok.. “

” Tak perlu DNA test pun dah terbukti Salama anak siapa. Ingatkan Sam telah dikecilkan, cute sangat.. “

” Sorry tau. auntie gelak sebab terbayang nenek Khaty yang menari agogo haha. Muka pak dengan nenek, perangai tu ya rabbi copy Tilla sangat. Lawak laaa.. “

Melihat Salama berjoget seperti itu memang membuatkan ramai yang geram. Sememangnya Salama menjadi penghibur hati dalam keluarga. Mesti Salama malu-malu menonton video ini kembali apabila besar nanti, hehe. Apa-apa pun, semoga Selama menjadi anak yang baik dan ceria-ceria selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Syatilla Melvin, IG Syatilla Melvin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT