Artis / Selebriti
” Wehh lawak betul, rasanya satu padang boleh dengar suara Tilla jerit, haha.. ” – Komen Netizen
Video Syatilla Melvin Hadir Memberikan Semangat Kepada Anak Sulungnya, Syeriv Samheizy Yang Menyertai Acara Sukan Di Sekolah Buat Ramai Terhibur. Lawak Lah Tilla Terlebih Excited. Sampai Melompat-Lompat Bagi Semangat Dekat Syeriv, Haha !!
Meninjau di akaun TikTok milik pelakon Syatilla Melvin, telah dikongsikan dua video yang memaparkan Syatilla atau mesra dengan panggilan Tilla hadir ke hari sukan sekolah anak sulungnya, Syeriv Samheizy. Menerusi video pertama, kelihatan Syeriv mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti.
Syeriv yang mewakili rumah kuning adalah pelari kedua dalam kumpulannya. Telatah Tilla yang begitu teruja memberikan semangat kepada Syeriv mencuit hati ramai. Manakan tidak, Tilla bersorak sambil melompat-lompat dalam hujan pada ketika itu.
Manakala video kedua pula memaparkan Syeriv memasuki pertandingan membawa pundi kacang atas kepala. Menerusi video itu juga, Tilla lebih bersemangat dan melakukan pelbagai gaya kepada Syeriv. Seloroh Tilla pada ruangan kapsyen, memohon maaf kepada semua guru yang ada di padang kerana Tilla baru sedar suaranya begitu bising.

Perkongsian dua video ini telah menarik perhatian warganet. Ibu bapa biasanya tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan anak bertanding dalam acara sukan seperti ini. Dengan kehadiran mereka, sedikit sebanyak boleh memberi semangat kepada anak-anak untuk menang.
Tonton video di bawah ini :
@samtilla82 Syeriv anak ibu hero!!!! Lari mcm peluru!!!😍 soalan aku 1ja. Cuba teka mak syeriv yg mana 1?🤣
@samtilla82 Kepada cikgu2 yg ada dekat padang, saya mintak maaf sebb saya bru sedar saya bising sgt lepas tgok video ni😭
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat telatah Tilla dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik yang dapat kami kongsikan adalah :
” Wehh lawak betul, rasanya satu padang boleh dengar suara Tilla jerit, haha.. Mesti Syeriv dalam hati “ Ya Allah mak sape laa yang bising sangat tu, hahahahaa.. “
” Mak2 mmg semangat sokong anak2 bersukan sampai ikut tema rumah sukan, bapak2 je wak lek wak peace hahaha.. Terhibur aku tengok Tilla.. “
” Hahahahahahhaahaha takpa semangat mak2.. Mak² sume gitu, ank aku dh besar skit.. Dia pesan tak yah dtg tgk sukan sklh dia, hahahaa.. “
” Kalau bab ni hilang segala ayu wehhh, haha jadi lupa ingatan sat kah kah.. Lps balik umahh adoii la nak.. Suara mama paling kuat kat padang.. “
” Sebab ni la anak2 aku tak bagi aku dtg time diorg sukan.. Hahahahaa.. Tapi sejujurnya cikgu² mmg suka parent yg hype mcm ni.. Janji duduk di ruangan khas utk parent.. “
” Go Syeriv go.. Mak Syeriv yg paling terkinja kinja di depan tu.. Ghisauuuuu mak dia ikut pi lari sama je aunty.. Semangat betul Tilla.. “
” Ni baru sukan sekolah… Kalau anak tu masuk sukma… SEA DLL dia punya jerit tu tak tau lah pesennn camner pulak hahahaaa.. “
Alahai Tilla, biasa lah perangai mak-mak yang datang bagi semangat memang akan menjerit seperti mereka juga turut bertanding bersama anak-anak. Apa-apa pun, terbaik lah Tilla, sokongan macam ini lah akan membuat anak lagi bersemangat untuk bertanding.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok samtilla
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hilang kata-kata masa dengar doa Tok tu. Sebaknya time Kak Pila pandang Tok Red.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti3 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen

