Artis / Selebriti
” Weh first time tengok Zul menari macam ni, lawak g1la kot. Pandai Haniff dan Ray rosakan Zul Ariffin, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Zul Ariffin Menari Lagu ‘Bea Sabor Bea’ Bersama Ray Dan Haniff Buat Ramai Terhibur. Wah 1st Time Tengok Zul Berjoget Macam Ni, Habis Rosak Zul. Part Last Tu Kelakar, Spontan Je Zul, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram stesen radio ERA, telah dikongsikan video yang memaparkan pelakon Zul Ariffin hadir di segmen petang ERA berborak bersama penyampai radionya, Ray dan Haniff. Difahamkan kehadiran Zul ke konti radio itu adalah untuk mempromosikan filem terbaru lakonannya bertajuk Sheriff.
Untuk pengetahuan, filem Sheriff adalah arahan oleh Syafiq Yusof dan telah ditayangkan pada 17 April baru-baru ini di pawagam. Sehingga ke hari ini, filem itu meraih kutipan melebihi RM1 juta dan berada di tangga pertama carta Top 10 GSC Malaysia.
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah telatah Zul bersama Ray dan Haniff cuba menari lagu yang menjadi trend sekarang bertajuk ‘Bea Sabor Bea’ . Ramai yang mengatakan kelakar melihat kali pertama Zul menari seperti itu.

Malah ada yang menyakat Haniff dan Ray berjaya ‘merosakkan’ Zul. Sehingga kini, video Ray, Haniff, Zul menari menerima ratusan komen serta puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai tak sangka Zul nampak macam serius, tetapi sempoi juga orangnya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sakit perut lah gelak tengok masing-masing menari. Pandai Haniff dan Ray rosakan Zul Ariffin, haha.. Geram pula kita nyah, haha.. “
” Ada sape sape boleh tolong tamparkan tiga tiga ni tak.. Penat tau asyik gelak tengok dorang menari, haha.. Lawak betul lah tengok.. “
” Abgggggg zul dah rosak hahahahhahaha.. Haa jgn main2 Zul mcm dah tunang tu, tengok jari dia dah pakai cincin.. “
” Abe joget dah satu hal.. Sekarang nie lagu nie bermain di fikiran sy dah dua hal nie abe haha.. Comel dooh ar Zul menari.. “
” Hahahahahhaa weh first tengok Zul menari macam ni, lawak g1la kot, hahahaha.. Kaki memang kayu arr menari, haha.. “
” Aku tak tahu pulak ZA boleh semasuk air ini, hahahhaa.. Habis rosak Zul hahaha Ray dan Haniff kenakan, haha.. “
” Boleh dah laa.. Bagi tiga2 orang ni borang keahlian Kelab Mawar Biru hahahahahaha.. Adoii tengok Zul menari berdekah aku weh.. “
Macam kena pula kan lagu ni dengan Zul. Baru-baru ini, Zul ada membuat kenyataan kepada media yang dirinya bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang baik-baik untuk Zul. Semoga urusannya untuk mendirikan rumah tangga akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti5 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah first time dapat tengok Abbas. Handsome boy lah Abbas ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq



