Artis / Selebriti
” Video call aje ya mak, sebab sayang mak.. ” – Dato’ Rosyam Nor
Dato’ Rosyam Nor Kongsi Cerita Tidak Pulang Ke Kampung Aidilfitri Ini, Namun Gambar Ibunya Dan Ayat Yang Tertera Pada Sekeping Banner Dalam Gambar Itu Jadi Tumpuan. Komen Datin Runika Sungguh Mencuit Hati. Terbaik Dato’ Rosyam Sekeluarga !!
Negara masih lagi belum reda dengan wab4k C0v1d-19. Masih berkuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan, namun diberi kelonggaran dengan bersyarat, ini sedikit melegakan hati semua. Namun untuk sambutan Aidilfitri yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, rentas antara negeri masih tidak dibenarkan.
Bagi pelakon dan ahli perniagaan berjaya, Dato’ Rosyam Nor, Aidilfitri kali ini amat berbeza dan bakal men1nggalkan kenangan buat seluruh keluarga. Sekalipun semua adik beradik beliau menetap di Kuala Lumpur, namun mereka telah berbincang dan mencapai kata sepakat untuk tidak pulang beraya bersama bonda tercinta.
Bukanlah jauh rumah mereka dengan kediaman bonda Rubiah, hanya 10 minit perjalanan kerana bonda menetap di Kampung Melayu Subang. Namun memikirkan keselamatan bonda tercinta demi mengelakkan terjadi penyebaran wab4k yang tidak dijangka, akhirnya semua raya di rumah masing-masing sahaja.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Rosyam Nor telah berkongsikan sekeping gambar ibunya Rubiah Kamarudin yang bergambar di sebelah banner khas sempena Aidilfitri. Banner yang besar itu disangkut di depan rumah sebagai makluman tiada kunjungan tetamu diterima. Anak cucu semua pun tidak di terima. Aduh syahdu sungguh ni !!
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian Dato’ Rosyam ini mendapat perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :
” Bagusss bang. Ya umah ada orang tua memang jadi tumpuan!.. “
” Elok lah tu, kita jaga kita, alhamdulillah tengok emak dato sihat lgi, semoga semua selamat, doa yang baik dan semoga v1rus cepat hilang… Aamiin.. “
” Ya Allah.. Hebatnya mak.. Anak-anak dah berderai air mata tapi mak tetap steady.. Tapi dalam hati mak, Allah je tahu.. “
” Steady mak… Selamat hari raya dato’ rosyam …. “
” Terbaik lah dato’ rosyam… Contoh yang sangat bagus untuk semua orang ikut… Nampak sangat simple hanya gantung banner walaupun terpaksa menang1s air mato dar4h sekalipun.. Berk0rban la buat seketika demi kesihatan orang-orang sekeliling kita.. ”
Komen daripada isteri Dato’ Rosyam, Datin Runika buat peminat terhibur :

Apa boleh buat, ini yang terbaik demi keselamatan bonda tersayang. Tengok wajah bonda Dato’ Rosyam pun cukup tenang. Anak-anak yang lebih sed1h bila diberi ayat ‘video call aje’. Video call pun boleh lah bonda janji semua selamat. Selamat hari raya Dato’ Rosyam !

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rosyam Nor
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti4 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen

